Penjawat awam didapati bersalah terlibat hubungan songsang boleh dibuang kerja: KPPA

December 3, 2025 · Isu semasa

Kementerian dan agensi kerajaan akan meneruskan siasatan dalaman ke atas semua penjawat awam yang disyaki terlibat dalam kegiatan hubungan songsang berikutan serbuan di sebuah pusat spa di ibu negara baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menegaskan, mereka yang disabit kesalahan berdepan tindakan tegas termasuk pemecatan atau penurunan pangkat dengan mengingatkan bahawa semua penjawat awam tertakluk sepenuhnya kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Kerajaan mempunyai garis panduan bagi menangani permasalahan tatakelakuan. Melalui peruntukan itu, pegawai boleh dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat sekiranya sabit kesalahan,” tegas Wan Ahmad Dahlan.

Serbuan pihak berkuasa sebelum ini membawa kepada penahanan 201 individu, termasuk 17 penjawat awam daripada pelbagai jawatan seperti doktor bedah, timbalan pendakwa raya, dan guru.

Majoriti telah dibebaskan dengan jaminan.

Wan Ahmad Dahlan berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memandang serius sebarang salah laku jenayah atau pelanggaran tatakelakuan yang mencemarkan nama perkhidmatan awam.

“JPA berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang. Sebarang tingkah laku yang terbukti mencemarkan nama baik perkhidmatan awam adalah suatu pelanggaran integriti yang serius,” ujarnya.

Beliau turut menggariskan langkah pencegahan jangka panjang, mengarahkan ketua jabatan mempergiat pemantauan dan penerapan nilai murni.

“Penerapan nilai murni melalui Unit Integriti perlu diperkukuh, termasuk pelaksanaan saringan psikologi dan kursus pembangunan sahsiah secara berkala,” jelasnya lagi.

Orang awam juga digalakkan untuk melaporkan sebarang salah laku melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

Berita berkaitan
Bonus dua bulan untuk penjawat awam Sarawak: Abang Jo
August 8, 2026· Isu semasa
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
June 23, 2026· Uncategorized
BDR penjawat awam berjaya jimat lebih RM4 juta subsidi petrol
May 26, 2026· Isu semasa
Kerajaan kaji had pergerakan menteri dalam berdepan krisis tenaga: Anwar
April 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
8 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
8 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
15 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok