Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah

November 20, 2026 · Isu semasa

Prestasi perdagangan Malaysia terus mencatatkan perkembangan luar biasa apabila jumlah perdagangan negara mencecah RM436.61 bilion pada Oktober 2026, sekali gus merekodkan nilai bulanan tertinggi dalam sejarah.

Pencapaian itu turut menyaksikan jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing mencatatkan rekod baharu, sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi negara meskipun berdepan ketidaktentuan persekitaran perdagangan global.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah perdagangan pada Oktober meningkat 58 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, sekali gus menjadi pertumbuhan bulanan terpantas pernah direkodkan negara.

“Didorong momentum pertumbuhan kukuh dalam eksport dan import, jumlah perdagangan berkembang sebanyak 58 peratus tahun ke tahun kepada RM436.61 bilion pada Oktober 2026, menjadikannya pertumbuhan bulanan terpantas dalam sejarah negara dan buat pertama kali melepasi paras RM400 bilion,” menurut kenyataan itu.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026, jumlah perdagangan Malaysia turut mencatatkan rekod tertinggi apabila berkembang 33.2 peratus kepada RM3.348 trilion, sekali gus melepasi paras RM3 trilion lebih awal berbanding pencapaian tahun sebelumnya.

Eksport menjadi penyumbang utama pertumbuhan apabila melonjak 37.1 peratus kepada RM1.811 trilion, manakala import meningkat 28.8 peratus kepada RM1.536 trilion.

Peningkatan eksport yang lebih tinggi turut menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM274.81 bilion, iaitu lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Nilai itu juga mengatasi rekod lebihan dagangan tertinggi sebelum ini sebanyak RM256.20 bilion yang dicatatkan pada 2022.

MITI berkata, prestasi perdagangan yang kukuh terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara walaupun ketidaktentuan perdagangan antarabangsa masih berterusan.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, disokong perbelanjaan isi rumah yang kekal kukuh, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang memberangsangkan, khususnya produk berkaitan teknologi.

Pencapaian itu menunjukkan kepentingan perdagangan antarabangsa sebagai antara pemacu utama ekonomi negara, selain mencerminkan keupayaan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan dalam persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar.

Berita berkaitan
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu· Isu semasa
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Pelumba cilik Pahang terima bantuan RM10,000 daripada PM
November 21, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok