PERSADA sasar rekod kesihatan lebih lancar, rawatan lebih cepat: Fahmi

September 26, 2026 · Isu semasa

Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) diperkukuh bagi memastikan ketersambungan digital serta penggunaan teknologi dalam sektor kesihatan awam dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini meninjau perkembangan PERSADA ketika mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Fahmi turut diberikan taklimat mengenai pelaksanaan PERSADA serta menyaksikan demonstrasi penyelesaian digital yang menyokong ekosistem kesihatan negara, termasuk penggunaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan aplikasi ketersambungan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Menurut MCMC, PERSADA merangkumi usaha memperkukuh ketersambungan di klinik kesihatan dan hospital di seluruh negara, selain menyokong pelaksanaan EMR serta meneroka penggunaan teknologi baharu bagi memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“PERSADA dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta ketersambungan digital dan teknologi yang lebih bersepadu,” menurut kenyataan media MCMC.

Pelaksanaan sistem berkenaan turut menjadi asas kepada aspirasi “Satu Individu, Satu Rekod Kesihatan”, membolehkan maklumat kesihatan pesakit dikongsi dengan lebih lancar apabila mereka mendapatkan rawatan di fasiliti atau lokasi berbeza.

Pendekatan itu dijangka membantu memastikan kesinambungan rawatan, selain mewujudkan pengalaman mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih teratur dan mengurangkan tempoh menunggu.

MCMC memaklumkan majoriti pesakit berpotensi menerima rawatan dalam tempoh kurang daripada satu jam apabila sistem berkenaan dilaksanakan kelak.

Pada Ogos lalu, PERSADA menerima peruntukan berjumlah RM1 bilion, termasuk tambahan RM350 juta yang diumumkan kerajaan bagi memperkukuh ketersambungan, sistem digital serta infrastruktur sokongan untuk rangkaian kesihatan awam negara.

Pelaksanaan PERSADA dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperluas pendigitalan sektor kesihatan, khususnya dalam memastikan infrastruktur teknologi dan akses kepada rekod kesihatan dapat disepadukan antara fasiliti kesihatan awam.

Dengan ketersambungan yang lebih kukuh, sistem kesihatan digital negara diharap dapat menyokong penyampaian rawatan yang lebih lancar serta memudahkan pengurusan maklumat pesakit di pelbagai fasiliti kesihatan.

Berita berkaitan
Penghantaran Ubat Melalui Pos: 80,000 pesakit bakal terima manfaat
23 jam lalu· Isu semasa
MCMC sasar 15 juta peranti diurus secara lestari menjelang 2030
September 28, 2026· Isu semasa
101.66 juta panggilan scam disekat sejak Februari: Nie Ching
September 27, 2026· Isu semasa
Warga emas rugi RM80,000 ditipu sindiket “wang ghaib”
September 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
18 jam lalu · Isu semasa
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
20 jam lalu · Isu semasa
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
20 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok