Kedudukan ekonomi negara.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih pantas pada 2026 apabila Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan negara kepada 4.4 peratus berbanding 4.1 peratus sebelum ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, berkata semakan naik itu didorong oleh kekuatan permintaan domestik yang terus menunjukkan daya tahan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Beliau menjelaskan penggunaan swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh pasaran buruh yang stabil serta peningkatan pendapatan rakyat.
“Kami menjangka permintaan domestik akan kekal kukuh tahun ini, didorong oleh keadaan pasaran tenaga kerja yang menggalakkan dan peningkatan gaji,” katanya dipetik laporan Bernama.
Menurut beliau, gaji median sebenar meningkat sekitar enam peratus tahun lalu, sekali gus membantu meningkatkan kuasa beli pengguna.
Tambahnya lagi, sokongan berterusan kerajaan dalam bentuk bantuan dan dasar berkaitan pendapatan turut menyumbang kepada momentum tersebut.
“Oleh itu, penggunaan swasta dijangka menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Kenyataan itu dibuat semasa taklimat laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) April 2026 yang mengupas hala tuju ekonomi negara serta keutamaan dasar untuk meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan.
Untuk rekod, ekonomi Malaysia sebelum ini mencatatkan pertumbuhan sederhana susulan cabaran global seperti ketidaktentuan perdagangan dan tekanan inflasi.
Namun, permintaan domestik yang konsisten serta langkah dasar kerajaan membantu mengekalkan kestabilan ekonomi negara.
Laporan Bank Dunia turut menekankan kepentingan reformasi struktur bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang lebih mampan, termasuk usaha meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan memperkukuh pasaran pekerjaan.
Dengan unjuran baharu ini, Malaysia dilihat berada pada landasan yang lebih positif untuk mengekalkan momentum pertumbuhan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum