UMNO Kedah tolak PN gelar ‘parti kucing’, pilih runding terus dengan PAS

18 jam lalu · Politik

UMNO Kedah bersedia membuka rundingan awal secara tidak rasmi dengan PAS, namun menegaskan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pendirian itu dibuat kerana PN turut dianggotai parti kecil yang disifatkannya tidak mempunyai pengaruh politik kukuh.

“UMNO Kedah membuat keputusan kita akan memulakan perbincangan dengan PAS, tetapi tidak dengan PN. Ini kerana di dalam PN terdapat ‘parti kucing’, parti yang baharu ditubuhkan dan kecil.

“Malah, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sendiri pernah menyebut kita tidak akan berunding dengan parti kerdil.

“Jadi, UMNO Kedah hanya akan berbincang secara terus dengan PAS,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pendirian itu memberi isyarat UMNO Kedah melihat PAS sebagai pihak yang boleh dibawa ke meja perbincangan secara langsung, tanpa melibatkan keseluruhan struktur PN.

Hubungan UMNO dan PAS menjadi perhatian selepas kedua-dua parti pernah bekerjasama menerusi Muafakat Nasional sebelum hubungan itu berakhir susulan perbezaan politik.

Di Kedah, PAS kini menerajui kerajaan negeri di bawah kepimpinan Sanusi, manakala UMNO menjadi antara parti pembangkang utama di negeri berkenaan.

Sementara itu, Shaiful Hazizy berkata jentera UMNO Kedah kini berada pada tahap optimum untuk menghadapi persaingan politik dan pilihan raya akan datang.

Katanya, kestabilan dalaman parti di peringkat negeri kekal kukuh walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan kepimpinan bahagian.

“Kekuatan asas kita masih utuh. Sehingga kini, ahli UMNO aktif di Negeri Kedah mencatatkan seramai 284,994 orang yang merangkumi 2,228 cawangan di seluruh negeri.

“Angka ini membuktikan jentera kita sentiasa sedia untuk menggalas amanah parti,” katanya.

Berita berkaitan
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
4 jam lalu· Politik
Zahid : Jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan
12 jam lalu· Politik
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
12 jam lalu· Politik
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
5 jam lalu · Politik
UMNO jangan satu kaki kerajaan, satu kaki pembangkang: AMK
5 jam lalu · Politik
Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan
9 jam lalu · Politik
Rata-rata perwakilan UMNO cenderung berunding dengan PAS sahaja: Asyraf Wajdi
16 jam lalu · Politik
PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok