PKR kecam kenyataan Hadi, dakwa main sentimen agama

November 13, 2026 · Politik

PKR mengecam kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang membandingkan kezaliman pemimpin Islam dan bukan Islam, sambil menyifatkannya boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, perbezaan politik sepatutnya berasaskan perbahasan dasar dan penyelesaian masalah rakyat, bukannya memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan.

Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Hadi ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai mendukacitakan, terutama apabila ia datang daripada seorang tokoh agama berpengaruh.

“Sebagai tokoh agama yang berilmu tinggi, beliau sepatutnya menjadi teladan dalam memupuk akhlak dan perpaduan. Malangnya, ketinggian ilmu itu tidak dicerminkan melalui kebijaksanaan dalam berbicara,” katanya.

Chang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, keharmonian masyarakat berbilang kaum merupakan kekuatan utama Malaysia dalam membangunkan ekonomi, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Persoalannya, adakah PAS begitu terdesak mengejar kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan perpaduan rakyat dan kestabilan negara?” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi apabila PAS pada masa sama bekerjasama dengan MCA dan Gerakan dalam PRN Melaka.

Beliau merujuk kehadiran Presiden MCA dan Presiden Gerakan, Dominic Lau dalam ceramah politik yang sama, termasuk usaha mendapatkan sokongan pengundi BN dan PN untuk calon Gerakan yang bukan Islam.

“Bagaimana kenyataan Hadi itu harus difahami dalam konteks kerjasama politik mereka sendiri?” katanya.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turut menggesa pengundi Kelebang mempertimbangkan calon wanita muda Melayu Islam Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani.

Dalam perkembangan sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai ekstrem dan sarat dengan prasangka agama.

Katanya, kezaliman tidak sepatutnya dinilai berdasarkan agama seseorang kerana keadilan merupakan prinsip asas yang perlu dipertahankan tanpa mengira bangsa, agama atau kecenderungan politik.

“Apakah pandangan sedemikian turut terpakai kepada pemimpin MCA dan Gerakan yang menjadi rakan politik PAS? Atau prinsip berkenaan hanya digunakan apabila berhadapan dengan pihak yang berbeza pendirian politik?” katanya.

AMK turut mendesak Abdul Hadi memberikan penjelasan secara terbuka, menarik balik kenyataan berkenaan serta memperbetulkan persepsi yang ditimbulkan.

Berita berkaitan
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026· Politik
Isu solat Jumaat: Adam Adli minta Khoo Poay Tiong tarik balik kenyataan, mohon maaf
November 20, 2026· Politik
AMK desak siasatan isu surat peletakan jawatan MB Negeri Sembilan
November 20, 2026· Politik
Tular berita DUN Perak bubar, Pejabat MB tampil nafi
November 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
16 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
16 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
16 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
16 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok