PKR nafi IGP pernah jadi ahli parti, Fuziah bidas maklumat palsu tular

June 21, 2025 · Politik

PKR menafikan Ketua Polis Negara (IGP) yang baharu dilantik, Mohd Khalid Ismail pernah menjadi ahli atau memegang sebarang jawatan dalam parti itu seperti yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar tempatan, semalam.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata penyebaran profil salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti IGP yang baharu dilantik.

Selain itu, beliau berkata, ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap PKR sebagai komponen parti pemerintah sekiranya terdapat rakyat mempercayai bahawa pelantikan Mohd Khalid dibuat atas dasar lantikan politik.

“PKR kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fuziah berkata, PKR berpendirian kesilapan itu tidak wajar berlaku dan menggesa agar satu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak akhbar terbabit.

Mohd Khalid, 60, dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Razarudin Husain, berkuat kuasa semalam.

Beliau berpengalaman memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018 sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.

Terdahulu, portal Sinar Harian semalam memohon maaf atas kesilapan dalam maklumat biodata Mohd Khalid yang disiarkan atas talian.

Berita berkaitan
Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS
2 jam lalu· Rencana
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
4 jam lalu· Politik
Dua penggal pentadbiran Aminuddin Harun: Rekod yang sukar dinafikan
13 jam lalu· Rencana
AMK persoal pendirian UMNO bersama PAS, gesa lepaskan jawatan
July 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
2 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
8 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok