PMX gesa siasatan segera dalam kes serangan anak Rafizi

August 13, 2025 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa siasatan segera dan telus berhubung insiden serangan ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang berlaku di Putrajaya petang semalam.

Dalam kenyataan di Facebook, Anwar menyatakan telah menghubungi Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan menyeluruh dijalankan.

Beliau menggesa tindakan pantas diambil berikutan kejadian yang berlaku ketika negara masih berdepan isu membimbangkan mengenai buli di sekolah.

“Kita belum pulih dari isu buli di sekolah, kini muncul pula tindakan kejam terhadap anak saudara Rafizi. Saya telah meminta Menteri Dalam Negeri memastikan siasatan dilakukan segera dan telus,” kata Anwar yang turut mendoakan kesejahteraan Rafizi dan keluarganya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.45 petang semalam ketika Rafizi bersama isteri dan anaknya hendak memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Dua lelaki berpakaian serba hitam dengan topi keledar menutup muka dikatakan menyerang dengan menarik anak Rafizi dan menyuntik menggunakan jarum.

Sementara itu, PKR melalui Setiausaha Agungnya Dr Fuziah Salleh mengecam keras insiden tersebut, menyifatkannya sebagai tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Kanak-kanak tidak boleh dijadikan mangsa dalam apa jua keadaan. Kami menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dan memastikan keselamatan rakyat terjamin,” tegas Fuziah.

Anak Rafizi telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala polis sedang menyiasat kes tersebut secara menyeluruh.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
August 19, 2026 · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
5 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok