Kes Polis.
Polis mengesahkan sedang menyiasat berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tumpuan siasatan adalah ke arah pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman dan juga di media sosial serta akan memanggil semua saksi yang kompeten bagi membantu siasatan.
Mohd Khalid turut menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan sebarang dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen (rahsia) terperingkat dan sekiranya terlibat individu terbabit akan berdepan dengan tindakan tegas.
Terdahulu, satu laporan polis difahamkan telah dibuat berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat JAC.
Sebelum ini tular di Facebook dan aplikaksi X petikan minit mesyuarat JAC yang didakwa berlangsung pada Mei lepas tersebar di media sosial sejak semalam, dipercayai bermula dari laman Reddit. – Bernama
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum