Presiden PAS selamat jalani pembedahan di IJN: Laporan

June 18, 2025 · Isu semasa

Presiden PAS Abdul Hadi Awang selesai menjalani satu prosedur pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Perkara itu disahkan Timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man, sambil menyifatkan kejayaan pembedahan itu bukti negara memiliki kepakaran dan fasiliti perubatan setanding negara maju.

Tuan Ibrahim berkata beberapa pimpinan kanan parti termasuk dirinya diberi taklimat oleh pasukan pakar IJN yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan pembedahan berkenaan.

“Bagi pihak PAS, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat, khususnya pasukan pakar dan jururawat di IJN.

“Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan Tuan Guru Presiden sepanjang beliau menerima rawatan di IJN,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kesihatan Hadi merosot sejak beberapa tahun lalu dengan presiden PAS itu menjalani dialisis dan pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali.

Hadi pernah menerima rawatan susulan di IJN dan kali terakhir dilaporkan menjalani prosedur rawatan berkaitan pada 5 Jan tahun lalu.

Berita berkaitan
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
14 jam lalu· Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu· Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu· Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
22 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok