PRN Melaka: Polis buka 25 kertas siasatan, terima 34 laporan

November 13, 2026 · Politik

Polis menerima 34 laporan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sejak hari penamaan calon pada 31 Oktober lalu hingga semalam, dengan 25 kertas siasatan dibuka berhubung pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen.

Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, daripada 25 kertas siasatan itu, sebanyak 23 atau 92 peratus sudah diedarkan kepada pejabat berkaitan, manakala dua lagi masih dalam siasatan.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka berkata, 10 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala empat lagi mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, dua kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, selain masing-masing melibatkan Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tujuh lagi kertas siasatan dibuka mengikut beberapa peruntukan undang-undang lain,” katanya menurut Bernama.

Muhammad Zaki berkata, daripada keseluruhan laporan diterima, sembilan dikategorikan di bawah klasifikasi lain-lain.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi supaya menjaga ketenteraman awam dan menghormati perbezaan sokongan politik ketika keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Katanya, perbezaan ideologi dan pilihan politik tidak sepatutnya menjadi punca permusuhan, provokasi atau tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan serta keharmonian masyarakat.

“Walaupun kita mempunyai perbezaan ideologi dan sokongan politik, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencetuskan permusuhan, provokasi atau tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Mengundi dengan bijak, jangan timbulkan apa-apa masalah dan hormati antara satu sama lain,” katanya.

Beliau turut menyeru semua calon dan penyokong parti supaya menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka serta tidak membiarkan persaingan politik merosakkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16, selepas proses penamaan calon pada 31 Oktober lalu.

Berita berkaitan
Tular berita DUN Perak bubar, Pejabat MB tampil nafi
November 18, 2026· Politik
Suspek samun maut berbalas tembakan dengan polis di Chow Kit
November 18, 2026· Isu semasa
Helah tuntutan insurans, guru jadi mangsa scam RM748,000
November 17, 2026· Isu semasa
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
November 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
3 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
3 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
3 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
3 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok