PRN Sabah: GRS, Warisan mendahului parti-parti lain, peluang seimbang bentuk kerajaan

November 28, 2025 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan kedua-dua mempunyai peluang seimbang untuk membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal berlangsung esok.

Dapatan terkini firma penyelidikan, Ilham Centre mendedahkan GRS selaku kerajaan penyandang mempunyai kelebihan mendahului, bagaimanapun ketika ini berdepan saingan sengit selepas kempen Parti Warisan mendapat momentum pada pusingan akhir kempen PRN Sabah.

GRS hanya boleh membentuk kerajaan negeri sekiranya dapat mempelopori rundingan pembentukan kerajaan bersama parti-parti tempatan serta calon bebas, sekaligus melangkah melepasi garisan majoriti mudah.

“Faktor utama yang memberi GRS kelebihan berbanding parti lain ialah status mereka sebagai kerajaan penyandang dan imej sederhana serta boleh diterima yang dimiliki Pengerusinya, Hajiji Noor, merentasi kepimpinan parti lain,” menurut kenyataan Ilham Centre.

Kajian itu turut menyatakan bahawa GRS berjaya mengekalkan sokongan kukuh di kawasan bahagian pantai barat, selain kempen mereka yang membawa naratif kestabilan dan sifat tenang berjaya menarik perhatian pengundi.

Atas faktor-faktor tersebut, Ilham Centre mengunjurkan GRS bakal meraih kira-kira 26 daripada 55 kerusi yang dipertandingkan, sekaligus diramal menjadi blok dengan jumlah kerusi selamat terbesar.

“Keadaan ini dijangka akan mendorong GRS membuka pintu rundingan dengan parti lain mahupun calon bebas yang menang untuk mengukuhkan majoriti mereka,” jelas laporan tersebut.

Ilham Centre berkata kekuatan sebenar GRS terletak pada faktor penyandang dan imej personaliti Hajiji yang dilihat sebagai ‘steady’ dan ‘reliable’, berbanding logo parti itu sendiri.

“Kempen GRS bersifat defensif tetapi lebih tersusun, dengan mesej konsisten menekankan kesinambungan pembangunan dan kestabilan,” ujar mereka.

Sementara itu, Parti Warisan (Warisan) dilihat berusaha membina momentum di fasa awal kempen, namun ia tidak mencukupi untuk mencipta gelombang besar merentas wilayah.

“Warisan kukuh di jajaran pantai timur dan cuba melebarkan pengaruh, namun pertandingan solo di 73 kerusi membebankan jentera dan sumber mereka. Namun, Warisan berpotensi mendapat undi protes di kawasan bandar,” menurut laporan itu.

Ujarnya lagi, sebahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi Warisan juga berpotensi mendapat laba daripada pertembungan banyak penjuru dan sengit antara GRS, PH dan BN.

Kajian lapangan Ilham Centre ini telah dijalankan dari 15 hingga 27 November 2025 yang melibatkan 1,500 responden daripada semua segmen pengundi di enam wilayah Sabah.

Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
6 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
8 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
8 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
8 jam lalu · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok