Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli.
Isyarat diberikan Rafizi Ramli dalam kenyataan terbaharu jelas menunjukkan hasrat untuk meninggalkan PKR dan tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Semasa wawancara ‘Yang Berhenti Menteri’ pada Jumaat, bekas timbalan presiden PKR itu berkata tidak mahu menjadi sebahagian daripada ‘budaya’ politik yang ditunjukkan parti itu semasa pemilihan pada Mei lalu.
Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci budaya yang dimaksudkan, bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau tidak yakin terhadap keupayaan parti untuk menyingkirkan budaya tersebut.
“Budaya yang ditunjukkan dalam PKR pada pemilihan lepas, bukanlah sesuatu yang saya mahu jadi sebahagian daripadanya.
“Jika ada pemilihan baharu, saya tidak rasa kita ada kemampuan untuk membersihkan parti daripada budaya itu,” katanya dalam rancangan itu.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU-16, Rafizi mendedahkan masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu, malah tidak menolak kemungkinan sekiranya tidak bertanding langsung.
“Kalau (jawatan) menteri pun saya sanggup lepaskan, apatah lagi sekadar tidak bertanding dalam pilihan raya.
“Sebenarnya saya masih belum buat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada PRU akan datang,” ujarnya.
Menurut Rafizi, beliau akan melangkah ke fasa baharu tanpa menoleh ke belakang walaupun pernah memainkan peranan penting dalam PKR.
Malah beliau memberi bayangan tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam parti pada masa akan datang.
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong