Rafizi jawab surat tunjuk sebab, masih kekal ahli parti sehingga Parlimen dibubar

February 28, 2026 · Politik

Rafizi Ramli mengesahkan sudah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh PKR berhubung kenyataannya berkaitan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Dalam surat balas bertarikh hari ini dan dimuat naik di Facebook, Rafizi menegaskan akan kekal sebagai ahli PKR serta terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan sehingga Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-16.

“Kenyataan dalam temu ramah itu jelas – saya kekal sebagai ahli PKR dan akan terus menjalankan tanggungjawab sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya.

Menurut beliau, selepas pembubaran Parlimen, setiap wakil rakyat mempunyai hak untuk menentukan hala tuju masing-masing dan tidak lagi tertakluk kepada peruntukan berkaitan Akta Lompat Parti yang terpakai ketika penggal Parlimen masih berjalan.

Beliau turut menyifatkan tafsiran terhadap kenyataannya sebagai tidak wajar.

“Jika difahami dengan penguasaan bahasa Melayu yang baik, ia tidak memerlukan tafsiran yang rumit seperti yang cuba digambarkan dalam surat tunjuk sebab itu,” jelasnya.

Isu ini tercetus selepas satu temu ramah Rafizi dengan sebuah akhbar berbahasa Cina disifatkan seolah-olah beliau hilang kepercayaan terhadap parti serta memberi bayangan akan bertanding pada PRU-16 bukan atas tiket PKR.

Susulan itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh memaklumkan beliau diberi tempoh untuk menjelaskan kenyataan berkenaan.

Rafizi sebelum ini turut mengesahkan menerima notis tunjuk sebab atas dakwaan mengisytiharkan keluar parti.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan itu dan menegaskan kenyataannya tidak boleh dianggap sebagai pengumuman keluar parti atau tindakan menggugurkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen.

Berita berkaitan
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026· Politik
Hamzah sudah hantar surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Mahfodz
April 12, 2026· Politik
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
Terlalu awal untuk bincang isu kerusi PRU: Khairy
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
2 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
6 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
7 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok