RCI Tabung Haji: Tiga lagi direman bantu siasatan SPRM

August 5, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu yang dikaitkan dengan sebuah syarikat hartanah milik anak syarikat badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan caj Notis Penalti (NOP) bernilai kira-kira RM450,000.

Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek direman selama lima hari sehingga 9 Ogos selepas perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah susulan permohonan SPRM.

Menurut sumber, semua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang pada Selasa ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai bersubahat melakukan penyelewengan caj Notis Penalti antara tahun 2017 hingga 2019,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Penahanan itu adalah sebahagian daripada tindakan susulan SPRM selepas penubuhan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang didedahkan kepada umum melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan pasukan khas tersebut diketuai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Mohd Hafaz Nazar, bagi mengenal pasti sebarang unsur salah laku atau jenayah yang memerlukan tindakan penguatkuasaan.

Pada Jumaat lalu, lapan pegawai SPRM turut digerakkan ke ibu pejabat Tabung Haji di Kuala Lumpur bagi meneliti dokumen berkaitan sebagai sebahagian daripada siasatan.

Laporan RCI Tabung Haji sebelum ini mengandungi pelbagai dapatan berkaitan urus tadbir, pengurusan kewangan serta keputusan pelaburan yang dibuat dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Susulan pendedahan laporan itu, SPRM membuka beberapa kertas siasatan bagi meneliti sama ada terdapat unsur rasuah, pecah amanah atau penyalahgunaan kuasa yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
3 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
6 jam lalu· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
19 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
3 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok