Ringgit cecah paras tertinggi lima tahun

December 17, 2025 · Isu semasa

Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan dagangan Rabu, mengekalkan momentum positif apabila diniagakan sekitar paras 4.07, tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun, disokong sentimen domestik dan luaran yang semakin baik.

Pada jam 8.01 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0765/0935 berbanding dolar AS, meningkat daripada 4.0835/0875 ketika ditutup semalam.

Kali terakhir ringgit mencatat paras ini ialah pada 3 Mac 2021 apabila ditutup pada 4.0720 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa memberi kejelasan terhadap hala tuju serta pelaksanaan dasar kerajaan, sekali gus menyokong sentimen pasaran.

“Semalam, ringgit ditutup lebih tinggi dengan peningkatan 0.24 peratus. Hari ini, unit domestik dijangka kekal stabil berikutan data AS yang berpotensi mendorong aktiviti pengambilan untung,” katanya.

Beliau berkata di peringkat luaran, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.10 peratus kepada 98.215 susulan data pasaran buruh AS yang bercampur-campur bagi November.

Menurutnya, pembayaran gaji bukan perladangan AS meningkat 64,000 pada November selepas mencatat penurunan pada Oktober, manakala kadar pengangguran naik kepada 4.6 peratus berikutan penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi, pertumbuhan gaji sederhana dan jualan runcit yang perlahan.

“Data ini mencerminkan prospek pasaran buruh yang tidak menentu, dengan perbelanjaan pengguna lebih berhati-hati serta jangkaan rendah terhadap penurunan kadar faedah AS pada Januari, dianggarkan sekitar 20 peratus,” katanya, sambil menambah kebanyakan pelabur menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah sepanjang 2026.

Pada pembukaan dagangan, ringgit turut mengukuh berbanding pound British, yen Jepun dan Euro, selain mencatat prestasi lebih baik berbanding mata wang utama ASEAN termasuk dolar Singapura, baht Thailand, rupiah Indonesia dan peso Filipina.

 

Berita berkaitan
Ringgit lemah walaupun harga minyak naik
21 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati minggu depan ekoran krisis Asia Barat
March 7, 2026· Isu semasa
BNM pantau kesan konflik di Asia Barat kepada ekonomi negara: Laporan
March 6, 2026· Isu semasa
Konflik Timur Tengah beri kesan kepada ringgit, ditutup rendah
March 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
5 jam lalu · Isu semasa
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
5 jam lalu · Isu semasa
27 barangan dikawal sempena Aidilfitri
21 jam lalu · Isu semasa
Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok