Ringgit cecah paras tertinggi lima tahun

December 16, 2025 · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih kukuh pada paras 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, menandakan prestasi terbaik mata wang tempatan itu dalam tempoh hampir lima tahun, disokong peningkatan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia serta kelemahan dolar AS.

Pada jam 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0890/0970 berbanding dolar AS daripada 4.0930/0980 ketika ditutup semalam.

Paras tersebut kali terakhir direkodkan pada 30 April 2021 apabila ringgit ditutup pada 4.0870 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengukuhan ringgit turut dipacu oleh penyusutan Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) sebanyak 0.09 peratus kepada 98.309 mata.

“Kelemahan dolar AS memberi ruang kepada mata wang serantau, termasuk ringgit, untuk mengukuh,” katanya.

Beliau berkata tumpuan pasaran kini terarah kepada pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) AS bagi November yang dijadualkan malam ini, yang dijangka memberikan petunjuk lebih jelas mengenai hala tuju dasar monetari negara itu.

Menurutnya, pelabur sedang menilai data ekonomi utama susulan keputusan terbaharu Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar dasar, yang mencetuskan ketidaktentuan jangka pendek.

“Dalam keadaan ini, kadar pertukaran dolar AS berbanding ringgit dijangka kekal berhampiran paras semasa dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada pembukaan dagangan, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama dunia.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4707/4814 daripada 5.4793/4860, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.6374/6427 daripada 2.6410/6444, serta menambah nilai berbanding euro kepada 4.8058/8152 daripada 4.8064/8123.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1708/1772 daripada 3.1746/1787, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9826/13.0196 daripada 13.0201/0422, serta naik berbanding rupiah Indonesia kepada 245.3/245.9 daripada 245.5/245.9.

Selain itu, ringgit turut melonjak berbanding peso Filipina kepada 6.92/6.94 daripada 6.93/6.94, mencerminkan sentimen pasaran yang semakin positif terhadap mata wang tempatan.

Berita berkaitan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
November 18, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang keputusan OPR: Bernama
November 5, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
November 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok