Ringgit.
Mata wang ringgit diunjurkan menunjukkan pengukuhan pada minggu depan berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powell, yang memberi isyarat potensi penurunan kadar faedah pada September ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan pasangan USD/MYR berpotensi melepasi paras 4.20 berikutan pengumuman Powell pada Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole semalam.
“Indeks Dolar AS (DXY) mengalami kemerosotan bersama dengan hasil Perbendaharaan AS selepas Powell menyatakan dasar monetari yang ketat mungkin perlu disesuaikan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.
Beliau menambah bahawa pelabur kini meningkatkan jangkaan untuk melihat pengurangan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 16-17 September depan.
Pada hujung minggu ini, ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.2245/2295 berbanding 4.2085/2155 sebelumnya. Namun, mata wang tempatan menunjukkan prestasi positif berbanding majoriti mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8408/8443 daripada 2.8653/8702, naik berbanding euro kepada 4.8996/9054 daripada 4.9185/9267, dan menunjukkan peningkatan berbanding pound Britain kepada 5.6659/6726 daripada 5.7050/7145.
Berbanding mata wang ASEAN, ringgit juga dagangan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2763/2805, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 258.3/258.7, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9387/9592. Namun, ia sedikit lemah berbanding peso Filipina kepada 7.42/7.43.
Pelabur dijangka memantau data ekonomi utama minggu depan termasuk Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan AS dan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang menjadi penanda aras inflasi.
Ucapan kempen tular, polis siasat Ahli Parlimen Jempol
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS