Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

16 jam lalu · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong penyusutan mata wang negara maju itu ketika pasaran menilai prospek kadar faedah di AS dan Jepun.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0560/4.0635 berbanding dolar AS daripada 4.0605/4.0640 pada penutupan Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi memberi petunjuk Rizab Persekutuan (Fed) mungkin mengekalkan kadar faedah penanda aras pada paras lebih tinggi ketika mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 15 dan 16 September ini.

“Lelongan nota Perbendaharaan AS bagi bil tempoh tiga bulan dan enam bulan masing-masing mencatatkan hasil lebih tinggi pada 3.80 peratus dan 3.89 peratus,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, yen Jepun mengukuh kepada 153.53 yen berbanding dolar AS, mencerminkan jangkaan pasaran terhadap kemungkinan Bank of Japan (BOJ) menaikkan kadar dasar.

Mohd Afzanizam berkata BOJ dijangka menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada 18 September susulan prestasi ekonomi Jepun yang terus kukuh serta peningkatan inflasi.

“Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua 2026 Jepun mencatatkan kadar tahunan 1.4 peratus berbanding anggaran konsensus 1.1 peratus.

“Selain itu, pertumbuhan gaji dalam kalangan pekerja Jepun terus meningkat kepada 4.7 peratus tahun ke tahun pada Julai berbanding jangkaan pasaran sebanyak 3.9 peratus,” katanya.

Sementara itu, ahli strategi global Quintex Intel, Stephen Innes berkata pasaran melihat kemungkinan langkah Fed itu lebih kepada kenaikan kadar bagi tujuan perlindungan dan bukan permulaan kepada kitaran pengetatan dasar monetari yang panjang.

“Pelabur berpandangan langkah ini boleh ditarik balik dalam tempoh singkat sebaik sahaja ketegangan di Asia Barat reda dan harga minyak kembali stabil menghampiri paras pertengahan US$80 setong,” katanya.

Dalam dagangan awal, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.6437/2.6488 daripada 2.6374/2.6398, selain turun berbanding euro kepada 4.7167/4.7254 dan pound Britain kepada 5.4934/5.5036.

Berbanding mata wang serantau, ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3241/12.3529, peso Filipina kepada 6.47/6.49 dan rupiah Indonesia kepada 230.0/230.5.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2081/3.2143 daripada 3.2073/3.2104 pada penutupan sebelumnya.

Berita berkaitan
Dakwaan Abdul Hadi, penafian AS bercanggah: AMK
September 6, 2026· Politik
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026· Politik
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi, cecah RM4.04 berbanding dolar
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi: Malaysia mahu ASEAN bersatu bendung ancaman dalam talian
5 jam lalu · Isu semasa
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
7 jam lalu · Isu semasa
Haji 2027: B40 bayar RM15,000, T20 RM33,300
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar terkesan kehilangan juruterbang Zainol Afiq dalam nahas
9 jam lalu · Isu semasa
Helikopter terhempas, Jemaah Menteri sampaikan takziah kepada keluarga lima mangsa
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok