Rizab antarabangsa Malaysia cecah AS$124.12 bilion setakat November: Laporan

December 31, 2025 · Isu semasa

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$124.12 bilion setakat 30 November 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada AS$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu memaklumkan, butiran terperinci rizab antarabangsa yang disediakan mengikut format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan maklumat mengenai saiz, komposisi serta kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain.

Menurut BNM, butiran berkenaan turut menyediakan panduan mengenai jangkaan dan potensi aliran masuk serta aliran keluar pertukaran asing Kerajaan Persekutuan dan BNM bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan bahawa pada akhir November 2025, rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi deposit, sekuriti dan pinjaman mata wang asing, termasuk pembayaran balik berjadual bagi peminjaman luar oleh kerajaan serta kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing, berjumlah AS$13.18 bilion.

Selain itu, kedudukan jualan hadapan bersih direkodkan pada AS$21.02 bilion pada akhir November 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

BNM menjelaskan, selaras dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data berkenaan tidak merangkumi unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

“Unjuran aliran masuk berkenaan dianggarkan berjumlah AS$2.91 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.

Bank pusat itu turut memaklumkan bahawa satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontigensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang perlu dibayar dalam tempoh setahun, berjumlah AS$417 juta.

“Tiada pinjaman mata wang asing yang terkandung dalam opsyen, tiada kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank atau institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam sebarang urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok