Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Dakwaan mengatakan langkah kerajaan menyemak semula Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dibuat secara tergesa-gesa adalah tidak benar, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan itu berkata persediaan dan perbincangan berhubung pembentangan RMK-13 sudah dibuat sejak dua minggu lalu bermula daripada draf yang telah dibentangkan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi kepada Jemaah Menteri.
“Kita sebenarnya dah berbincang, dalam sidang media saya beberapa minggu yang lalu saya telah sebut bahawa Perdana Menteri telah memberi arahan.. Ini jauh sebelum ‘tweet’ dan sebagainya, untuk meneliti draf yang telah dibentangkan oleh KSU Kementerian Ekonomi.
“Seperti yang umum sedia maklum, sebarang dasar program ataupun keputusan yang dibuat, pertama, mesti dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Maka Perdana Menteri telah minta supaya pada Jumaat minggu lalu, semua kementerian meneliti draf dan menulis kepada Kementerian Ekonomi dengan maklum balas,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Dewan Merbau, IWK Eco Park @ Pantai Dalam hari ini.
Fahmi berkata, susulan itu juga satu sidang khas Jemaah Menteri telah diadakan pada hari Isnin, awal minggu lepas untuk meneliti pandangan daripada semua kementerian.
“Dalam mesyuarat itu telah dilihat bahawa banyak perkara yang telah diminta oleh kementerian-kementerian yang perlu diambil kira oleh Kementerian Ekonomi dalam membentuk dokumen RMK ke-13.
“Itulah antara sebab kenapa Jemaah Menteri pada Rabu yang lalu, mesyuarat yang terakhir, telah memutuskan bahawa Amir Hamzah, Menteri Kewangan ke-2 diminta untuk menggalas tugas dan fungsi Menteri Ekonomi,” katanya.
Terdahulu, bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mempersoalkan sama ada langkah kerajaan menyemak semula RMK-13 adalah reaksi tergesa-gesa terhadap kritikan media sosial yang ditujukan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Itu susulan pengumuman Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar semalam yang memaklumkan Amir Hamzah telah ditugaskan untuk “mengolah dan merombak semula” RMK-13 sambil menjalankan tugas dan fungsi menteri ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen