Rombakan Kabinet: Anwar kunci mulut, Amanah sokong penuh sebarang keputusan dibuat

November 8, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim kekal berdiam diri berhubung khabar angin mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku tidak lama lagi.

Perdana Menteri sekali lagi mengelak daripada memberi sebarang pengesahan apabila ditanya pemberita selepas majlis Peluncuran Pembangunan Masjid MADANI Permatang Pauh hari, dengan hanya membalas soalan tersebut dengan dua patah perkataan, “Ya ka?”, sebelum beredar ke program seterusnya.

Sementara Perdana Menteri masih belum mendedahkan sebarang rancangan, Parti Amanah menyatakan pendirian akan menyokong sebarang keputusan yang bakal dibuat.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, menegaskan bahawa isu rombakan Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Untuk Kabinet ini adalah hak Perdana Menteri yang dipanggil prerogatif PM.

“Beliau boleh ambil orang politik, orang profesional, atau orang dalam parti atau luar parti,” jelas Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu.

“Untuk Amanah, kita terima saja keputusan yang dibuat kerana yang penting adalah kita kena jaga serta kuatkan pasukan menjelang Pilihan Raya akan datang,” tambahnya lagi.

Mohamad turut menyerahkan sepenuhnya urusan portfolio menteri, termasuk jawatannya sendiri, kepada budi bicara Anwar.

Ditanya mengenai peluang pemimpin Amanah lain dinaikkan pangkat, beliau sekali lagi menegaskan bahawa keputusan tersebut terletak di tangan Perdana Menteri.

Bayangan mengenai rombakan Kabinet ini mula kedengaran apabila Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini menyatakan ia mungkin berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Dengan Anwar masih berdiam diri, segala spekulasi dan perbincangan kini tertumpu kepada langkah seterusnya yang akan diambil.

Berita berkaitan
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
4 jam lalu· Politik
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
4 jam lalu· Politik
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
2 jam lalu · Politik
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
4 jam lalu · Politik
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
4 jam lalu · Politik
BN menang di Kinabatangan dan Lamag, isyarat sokongan rakyat: Zahid
4 jam lalu · Politik
PRK Kinabatangan dan Lamag: Dua calon BN mendahului dalam kiraan undi
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok