RoS nafi lulus pendaftaran NGO Rohingya di Malaysia

November 10, 2026 · Isu semasa

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menegaskan tidak pernah meluluskan pendaftaran mana-mana pertubuhan Rohingya sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

RoS dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini menjelaskan setiap permohonan pendaftaran pertubuhan perlu melalui proses penelitian dan penilaian oleh Pendaftar Pertubuhan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Menurutnya, pemenuhan syarat asas permohonan tidak bermaksud sesebuah pertubuhan akan mendapat kelulusan pendaftaran secara automatik.

“Sebaliknya, setiap permohonan tertakluk kepada proses penelitian dan pertimbangan Pendaftar Pertubuhan sebelum keputusan dibuat,” menurut kenyataan itu.

RoS menjelaskan, antara syarat asas pendaftaran pertubuhan ialah mempunyai sekurang-kurangnya tujuh ahli, perlembagaan pertubuhan yang lengkap, pemegang jawatan yang sah serta permohonan lengkap melalui sistem elektronik eROSES.

Proses pendaftaran bermula dengan pengemukaan permohonan menerusi sistem berkenaan sebelum dokumen dan maklumat dikemukakan disemak serta dinilai berdasarkan peruntukan Akta 832.

Keputusan akhir berhubung kelulusan pendaftaran pula terletak di bawah bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan.

Sehubungan itu, RoS menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Isu berkenaan timbul susulan tindakan seorang pengguna aplikasi Threads menerusi akaun x\_.tw9 yang membangkitkan status pendaftaran Rohingya Society Malaysia (RSM).

Pengguna itu turut mempersoalkan kesahihan status pertubuhan berkenaan serta tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan polis yang dikatakan dibuat terhadap RSM pada 2020.

Persoalan mengenai status pendaftaran pertubuhan itu kini kembali mendapat perhatian susulan penjelasan RoS mengenai proses dan kuasa meluluskan pendaftaran NGO di Malaysia.

Berita berkaitan
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
11 jam lalu· Isu semasa
UNHCR henti daftar pelarian, kerajaan ambil alih urusan
November 19, 2026· Isu semasa
Kumpulan NGO gesa kerajaan dan blok pembangkang sepakat laksana lapan reformasi
November 3, 2026· Politik
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
11 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
11 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
11 jam lalu · Isu semasa
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok