Rosmah nafi dakwaan miliki rumah agam RM55 Juta di Amerika

16 jam lalu · Isu semasa

Rosmah Mansor menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pembelian atau pemilikan sebuah hartanah mewah bernilai AS$13 juta (kira-kira RM55 juta) di New Jersey, Amerika Syarikat.

Menurut isteri Najib Razak itu, tuduhan yang disebarkan menerusi beberapa video di platform X dan Facebook itu adalah tidak benar, tidak berasas serta bertujuan mencemarkan nama baik beliau dan ahli keluarganya.

“Saya menafikan semua dakwaan tersebut. Saya tidak pernah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembelian, pembiayaan, pemindahan atau pemilikan mana-mana hartanah mewah termasuk hartanah yang didakwa bernilai AS$13 juta itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan tidak pernah membiayai, membantu atau mengatur sebarang urusan pembelian hartanah bagi pihak menantunya atau mana-mana individu serta syarikat lain seperti yang didakwa.

Rosmah berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan syarikat luar pesisir, syarikat proksi serta urusan kewangan luar negara juga adalah rekaan semata-mata dan tidak disokong oleh sebarang bukti yang sahih.

“Dakwaan ini adalah fitnah yang sengaja direka untuk memburukkan nama saya dan keluarga. Ia tidak disokong oleh sebarang bukti yang boleh dipercayai dan jelas merupakan satu usaha terancang untuk menjatuhkan reputasi kami,” katanya.

Menurut beliau, penyebaran video berkenaan bukan sahaja mengelirukan orang ramai malah berpotensi menjejaskan keyakinan terhadap proses undang-undang yang sedang berjalan.

Sehubungan itu, Rosmah memaklumkan telah membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat individu, pihak berkaitan serta akaun media sosial yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebarkan kandungan tersebut.

Beliau turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Pada masa sama, Rosmah menggesa pengendali platform media sosial mengambil tindakan segera untuk memadam serta menghalang penyebaran kandungan yang didakwanya berunsur fitnah dan mengandungi maklumat palsu.

Beliau juga tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan, berkongsi atau terus menyebarkan dakwaan berkenaan.

“Saya berhak mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman sivil dan membuat laporan bagi membolehkan tindakan jenayah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Kontroversi itu tercetus selepas tular satu video di media sosial yang mendakwa Rosmah mengarahkan serta membiayai pembelian sebuah rumah agam bernilai AS$13 juta di kawasan eksklusif dikenali sebagai “Billionaire’s Row” di New Jersey pada Julai 2025.

Dakwaan tersebut turut menyebut bahawa pembeli berdaftar hartanah itu ialah menantu kepada Rosmah dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, iaitu Daniyar Kessikbayev.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan permohonan Najib akses dokumen kes 1MDB
June 5, 2026· Politik
Najib fail bukti baharu dalam rayuan kes 1MDB
May 29, 2026· Isu semasa
Skandal 1MDB: Pihak berkuasa AS rampas kondominium mewah di New York
May 28, 2026· Isu semasa
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
May 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Warga emas rugi RM9 juta diperdaya pelaburan tidak wujud di Kuching: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
June 13, 2026 · Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
June 13, 2026 · Isu semasa
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
June 13, 2026 · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok