Sanusi bangga cakap Inggeris dialek Sik masih boleh jadi MB Kedah

October 29, 2026 · Politik

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan kebolehan berbahasa Inggerisnya yang menjadi bahan kritikan pengguna media sosial, sambil menegaskan keupayaan berkomunikasi tidak seharusnya diukur berdasarkan ketepatan tatabahasa semata-mata.

Beliau berkata, perkara lebih penting ialah mesej yang disampaikan dapat difahami dan diterima oleh pendengar, meskipun menggunakan bahasa Inggeris dengan loghat tempatan.

“Belum ada orang putih yang komen bahasa Inggeris saya, yang komen ini semua Melayu. Duta Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan India, saya bercakap dengan mereka, mereka faham, mereka hargai saya. Itu adalah seni dalam komunikasi.

“Kita cakap Inggeris dialek Sik saja pun boleh jadi Menteri Besar, kira hebat tak begitu,” katanya semasa ketika sidang akhbar sempena Program The Greater Kedah Lecture Series, hari ini.

Sanusi sebelum ini menjadi perhatian pengguna media sosial susulan penyampaiannya dalam bahasa Inggeris ketika membangkitkan isu unsur nadir bumi (REE) pada Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026.

Penyampaiannya mencetuskan perdebatan, khususnya mengenai penguasaan bahasa Inggeris dan kepentingan penggunaan bahasa yang betul ketika menyampaikan pandangan dalam forum rasmi.

Bagaimanapun, Sanusi menegaskan pengalaman berkomunikasi di peringkat antarabangsa membuktikan kelemahan dari segi tatabahasa tidak semestinya menghalang seseorang menyampaikan mesej dengan berkesan.

Katanya, beliau sudah mengunjungi 38 negara dan menggunakan bahasa Inggeris dalam pelbagai misi, termasuk ketika berinteraksi dengan wakil diplomatik asing.

“Bahasa apa pun penting tetapi lebih penting lagi prestasi dan cara penyampaian. Selagi orang faham dan boleh terima, Alhamdulillah.

“Saya orang Sik, jadi ada dialek Sik jadi ‘Siklish’, kalau di Singapura ada ‘Singlish’,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sanusi berseloroh beliau mungkin akan menggunakan bahasa Inggeris ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang menyaksikan PAS dijadual bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri.

Katanya, tindakan itu mungkin sekali lagi mengundang kritikan terhadap penguasaan bahasa Inggerisnya.

“Saya akan cakap orang putih di Melaka bagi mereka sakit hati lagi, bagi mereka ada berita untuk ditulis mengenai tatabahasa tak betul,” katanya.

Kenyataan itu memperlihatkan Sanusi memilih untuk berdepan kritikan secara terbuka, sambil menjadikan isu penguasaan bahasa Inggerisnya sebagai sebahagian daripada respons terhadap kecaman di media sosial.

Berita berkaitan
CSA jadi landasan kerjasama politik demi rakyat: PMX
October 29, 2026· Politik
BN, PAS sepakat lancar manifesto bersama di Melaka: Rauf
7 jam lalu· Politik
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026· Isu semasa
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
October 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Taufiq sambut baik CSA Kerajaan MADANI, ketengah budaya politik matang: Taufiq
October 29, 2026 · Politik
Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi segera sebelum PRU
October 29, 2026 · Politik
CSA perkukuh kestabilan, buka ruang reformasi: PKR
October 29, 2026 · Politik
Enam Ahli Parlimen Bersatu tandatangan CSA, terima peruntukan setara
3 jam lalu · Politik
UMNO didakwa bermuka-muka, Mahfuz samakan seperti ‘musang berbulu ayam’
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok