Taufiq sambut baik CSA Kerajaan MADANI, ketengah budaya politik matang: Taufiq

October 29, 2026 · Politik

Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dengan beberapa Ahli Parlimen daripada Bersatu, MUDA dan Bebas disifatkan sebagai langkah positif dalam memperkukuh kestabilan politik serta mempercepat agenda reformasi institusi negara.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata persefahaman itu mencerminkan kematangan demokrasi apabila kepentingan negara diutamakan berbanding perbezaan politik.

Beliau berkata, perjanjian berkenaan turut memperkukuh keyakinan terhadap kelangsungan pentadbiran negara, khususnya bagi memastikan Belanjawan 2027 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan teratur.

“Perkembangan ini mencerminkan satu langkah positif ke arah kematangan demokrasi dan politik yang mengutamakan kepentingan negara mengatasi perbezaan kepartian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, kelulusan Belanjawan 2027 penting bagi memastikan agenda pembangunan ekonomi dapat diteruskan, selain memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Taufiq berkata, CSA juga memberikan dorongan kepada usaha reformasi institusi, termasuk cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri serta mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Katanya, kedua-dua reformasi itu penting dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan mekanisme semak dan imbang negara.

Beliau turut menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang terbuka untuk berunding dan mencari titik persamaan merentasi perbezaan politik sebagai perkembangan positif dalam membina kestabilan negara.

“Pendekatan ini membuktikan kepimpinan yang berteraskan prinsip dan kesediaan untuk berkompromi demi kepentingan negara mampu membina kestabilan politik yang lebih kukuh,” katanya.

Taufiq yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata, Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat, berbanding terus terperangkap dalam persengketaan politik.

“Masanya sudah tiba untuk Malaysia bergerak ke hadapan melangkaui perbezaan dan sengketa politik,” katanya.

Berita berkaitan
CSA jadi landasan kerjasama politik demi rakyat: PMX
October 29, 2026· Politik
Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi segera sebelum PRU
October 29, 2026· Politik
CSA perkukuh kestabilan, buka ruang reformasi: PKR
October 29, 2026· Politik
Enam Ahli Parlimen Bersatu tandatangan CSA, terima peruntukan setara
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Sanusi bangga cakap Inggeris dialek Sik masih boleh jadi MB Kedah
October 29, 2026 · Politik
UMNO didakwa bermuka-muka, Mahfuz samakan seperti ‘musang berbulu ayam’
4 jam lalu · Politik
BN, PAS sepakat lancar manifesto bersama di Melaka: Rauf
7 jam lalu · Politik
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: MIPP tarik diri, rundingan kerusi dengan PN gagal
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok