Seleweng dana RM26 juta, SPRM bongkar kegiatan haram NGO

June 16, 2025 · Isu semasa

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas kegiatan penyelewengan
yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai terbongkar.

Menurut laporan, sebanyak RM26 juta wang orang ramai diseleweng NGO tersebut dan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan sebuah pertubuhan sudah ditahan menerusi Op Serantau dijalankan SPRM Selangor.

Memetik laporan sumber BH, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Khamis lalu.

“Lima suspek terbabit kini direman tujuh hari iaitu empat daripadanya direman sehingga Rabu dan seorang lagi sehingga Khamis ini.

“Modus operandi untuk menyeleweng dana ini hampir sama seperti yang berlaku dengan pertubuhan Aman Palestin apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain bagi membeli barang kemas, kereta, tanah dan rumah termasuk membeli mata wang kripto.

“Mereka juga dipercayai memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi bagi memberi pinjaman kepada kakitangan pertubuhan terbabit, selain menggelapkan wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Katanya, kegiatan menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai itu dipercayai berlaku sejak 2015 hingga sekarang.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penangkapan itu.

Beliau berkata, SPRM sudah menyita pelbagai aset berjumlah lebih RM8 juta iaitu wang tunai lebih RM1 juta, barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000, akaun kripto bernilai kira-kira RM650,000 dan empat unit rumah dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta dalam operasi berkenaan.

“SPRM juga sudah membekukan 14 akaun perbankan membabitkan jumlah hampir RM5 juta bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
MCMC-SPRM satukan teknologi, penguatkuasaan lawan rasuah
October 2, 2026· Isu semasa
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
October 1, 2026· Isu semasa
UiTM Holdings ada kelompongan tatakelola: SPRM
October 1, 2026· Isu semasa
SPRM sedia siasat dakwaan kementerian bawah Zahid belanja lebih RM2.1 bilion
October 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
4 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
4 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
4 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
4 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok