RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX

October 20, 2026 · Isu semasa

Sebanyak RM4.3 bilion aset berkaitan kes jenayah mafia korporat dibekukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman bagi tempoh 2022 hingga akhir September 2026.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dalam tempoh sama, aset bernilai RM1 bilion turut disita, manakala RM48.3 juta dilucut hak.

Selain itu, kompaun berjumlah RM1.1 bilion dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Usaha menangani jenayah kewangan dan salah laku korporat memerlukan komitmen yang jelas serta ketegasan semua pihak, khususnya agensi penguat kuasa yang diberikan amanah untuk melaksanakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya ketika menjawab soalan Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) mengenai perkembangan dakwaan kegiatan mafia korporat di negara ini pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, isu tatakelola korporat dan ketelusan pemilikan syarikat besar yang berlarutan sejak era 1980-an perlu ditangani secara menyeluruh bagi memastikan tiada pihak menggunakan pengaruh atau kekuatan kewangan untuk mengatasi undang-undang.

Beliau turut membangkitkan beberapa kes membabitkan syarikat besar, termasuk Multi-Purpose Holdings Berhad (MPHB), RHB Bank dan Phileo Bank, yang menurutnya menimbulkan persoalan mengenai pemilikan, pengaruh serta tindakan yang diambil ketika itu.

Menurutnya, perubahan pemilikan MPHB ketika syarikat itu menjadi antara gergasi korporat negara menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk dakwaan pengaruh pihak tertentu dalam urusan korporat.

“Kalau kita lihat perkembangan sejak 1980-an dan 1990-an hingga sekarang, kita tahu bagaimana syarikat besar seperti MPHB, yang merupakan sebuah gergasi ketika itu, bertukar pemilikan dalam keadaan yang menimbulkan pelbagai persoalan,” katanya.

Beliau turut menyentuh isu berkaitan RHB Bank yang menurutnya terpaksa melepaskan pegangan, selain perkembangan Phileo Bank yang berkembang pesat sebelum berdepan langkah penyatuan industri perbankan susulan arahan kerajaan ketika itu.

Anwar berkata, pengalaman lalu perlu dijadikan pengajaran supaya pengurusan dan pemilikan aset korporat dilaksanakan secara telus serta bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan tanggungjawab secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang.

Langkah itu penting bagi memastikan jenayah kewangan dapat dibanteras, selain mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan pengaruh dalam urusan perniagaan serta pemilikan syarikat.

Berita berkaitan
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
3 jam lalu· Isu semasa
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
11 jam lalu· Politik
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
17 jam lalu· Isu semasa
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
8 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
10 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
11 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
12 jam lalu · Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok