Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily Mohd Zain
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan video tular yang didakwa membabitkannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mohd Shuhaily dipetik laporan media ketika dihubungi pada tengah malam tadi memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan.
“Saya akan keluarkan kenyataan media berkaitan perkara ini,” katanya ringkas.
Sebelum ini, satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang individu yang dikatakan mirip Mohd Shuhaily sedang memarahi seorang lagi individu.
Dalam rakaman itu, individu berkenaan turut dilihat memegang kepala seorang lelaki dengan tindakan yang kelihatan agak keras.
Perkongsian video tersebut mencetuskan perhatian pengguna media sosial, terutama susulan dakwaan ia berlaku di kawasan KLIA dan membabitkan seorang pegawai kanan AKPS.
Pada masa sama, turut tersebar salinan dakwaan daripada seorang individu yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh Mohd Shuhaily.
Bagaimanapun, setakat ini, kesahihan dakwaan berkenaan belum dapat disahkan dan tiada penjelasan rasmi mengenai identiti individu yang berada dalam rakaman itu.
AKPS merupakan agensi yang bertanggungjawab mengurus kawalan serta perlindungan sempadan negara, termasuk pemeriksaan keluar masuk individu di pintu masuk antarabangsa.
Video terbabit dijangka mendapat perhatian lanjut selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Mohd Shuhaily bagi menjelaskan perkara sebenar serta konteks kejadian.
Internet pedalaman jadi fokus, kerajaan kukuh kerjasama dengan SpaceX: Anwar
Isu akaun WhatsApp: MCMC beri Meta hingga 2 Oktober beri penjelasan
29 kawasan catat IPU tidak sihat, Selangor paling terjejas
KPMG cadang SST lebih mesra perniagaan: Bernama
MEF: Kenaikan gaji minimum perlu ikut kemampuan majikan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum