Siasatan KWAP dalam eFishery hampir selesai

August 14, 2026 · Isu semasa

Siasatan dalam negara berhubung pelaburan RM163.4 juta Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, kini hampir selesai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beberapa keterangan serta dokumen dari luar negara masih diperlukan sebelum siasatan dapat dilengkapkan sepenuhnya.

Menurut kenyataan SPRM menerusi Facebook hari ini, proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA) sedang dijalankan dengan Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Abu Dhabi bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

“Proses ini mungkin mengambil masa kerana membabitkan prosedur perundangan dan bidang kuasa negara lain.

“Siasatan diteruskan. Setiap fakta diteliti dan setiap dokumen disemak,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, SPRM sudah merakam keterangan 19 individu termasuk pegawai KWAP, pegawai kanan Kementerian Kewangan (MOF) dan Khazanah Nasional.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana siasatan belum menemukan keperluan untuk tindakan berkenaan.

SPRM menjelaskan siasatan tidak hanya tertumpu kepada usaha mengenal pasti pihak yang mungkin melakukan kesalahan, malah turut meneliti kemungkinan wujud unsur rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

Pada masa sama, aspek tatakelola turut diteliti, termasuk prosedur, peraturan dan garis panduan yang digunakan dalam proses pelaburan berkenaan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Isu pelaburan KWAP dalam eFishery mula menjadi perhatian selepas Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada 15 Julai lalu memaklumkan pelaburan sebanyak AS$47.7 juta, kira-kira RM200 juta ketika itu, dikaitkan dengan dakwaan penipuan terancang susulan manipulasi laporan kewangan syarikat berkenaan.

Susulan perkembangan itu, SPRM menubuhkan pasukan siasatan khas pada 17 Julai. Sehari kemudian, KWAP menjelaskan jumlah keseluruhan pelaburannya dalam eFishery ialah RM163.4 juta, bersamaan kira-kira 2.51 peratus pegangan saham.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, memaklumkan siasatan setakat ini belum menemukan kesalahan rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata gambaran penuh hanya dapat diperoleh selepas keterangan dan dokumen dari luar negara diterima menerusi proses MLA.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
4 jam lalu· Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
1 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
4 jam lalu · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok