Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini meluncurkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat negeri Sabah.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat negeri Sabah pada hari ini bagi memperkukuh rangkaian komunikasi semasa kecemasan dan bencana.
Fahmi berkata penggunaan sistem PRIME akan dapat memastikan kelancaran operasi menyelamat bersama agensi-agensi berkaitan dengan lebih pantas dan efektif ketika bencana.
“Dengan keupayaan PRIME yang boleh bergerak ke kawasan yang terjejas, kita dapat memastikan komunikasi tidak terputus dan operasi bantuan dapat dijalankan dengan lebih efisien,” kata Fahmi semasa berucap sempena program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Kota Kinabalu hari ini.
PRIME, sebuah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), merupakan sistem komunikasi berasaskan kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi canggih termasuk satelit, rangkaian selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan sokongan dron.
Setakat ini, dua unit PRIME telah beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala unit ketiga untuk Sarawak dijangka siap pada Oktober 2025.
Program HBK yang berlangsung serentak di 1,099 NADI seluruh negara turut menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik seperti perkhidmatan pintar, Jualan RAHMAH oleh KPDN, serta pameran usahawan NADI.
Majlis turut diisi dengan penyampaian sumbangan program Didik Kasih Peranti MADANI (PERMAI) kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Surat lantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI bagi Parlimen Kalabakan, Tawau dan Lahad Datu juga diserahkan pada hari tersebut.
Sebelum itu, Fahmi juga meninjau kualiti liputan komunikasi di Menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di Kg. Kuala Merotai yang mula beroperasi pada 27 September 2024.
Menara tersebut menggunakan teknologi 4-Way Multi-Operator Core Network (MOCN) dengan perkongsian perkhidmatan oleh CelcomDigi, Maxis dan U Mobile, serta dikendalikan oleh Redtone.
“Berdasarkan ujian menggunakan aplikasi MCMC NEXUS, menara ini menawarkan kelajuan sekitar 50Mbps untuk perkhidmatan 4G dan telah memanfaatkan kira-kira 1,200 penduduk setempat,” tambah beliau.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri