Skandal tuntutan palsu PERKESO: SPRM sedia heret lebih 100 individu ke mahkamah

August 6, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan sekurang-kurangnya 100 individu, termasuk pemilik syarikat dan ejen, akan didakwa dalam beberapa siri pertuduhan berkaitan pemalsuan tuntutan insentif Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di seluruh negara.

Pendakwaan itu dibuat susulan kejayaan SPRM membongkar sindiket penyelewengan menerusi Ops Daya 2.0 yang dilaksanakan bersama PERKESO sejak Jun lalu.

Setakat ini, seramai 29 suspek sudah dihadapkan ke mahkamah di beberapa negeri.

Daripada jumlah itu, 13 individu dituduh pada hari pertama di Pahang, Kedah, Kelantan dan Perak, manakala baki 16 lagi didakwa hari ini di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah.

SPRM memaklumkan proses pendakwaan dijangka berlanjutan dalam tempoh agak panjang memandangkan jumlah individu dikenal pasti terlibat adalah besar.

“Senarai individu yang akan didakwa ramai kerana siasatan dijalankan membabitkan kes di seluruh negara. Kesemua kertas siasatan terhadap mereka telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian dan keputusan pendakwaan,” menurut SPRM.

Agensi itu turut memaklumkan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak pendakwaan bagi memastikan semua individu yang mempunyai asas kukuh untuk didakwa dibawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang.

Siasatan mendapati tuntutan palsu di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 dianggarkan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM45 juta.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman mendedahkan seramai 1,638 syarikat berada dalam radar agensi itu selepas disyaki terbabit dalam penipuan tuntutan insentif program berkenaan.

Antara modus operandi yang dikenal pasti ialah penggunaan data peribadi individu tanpa pengetahuan mereka, termasuk maklumat orang kurang upaya (OKU), individu parol dan warga emas berusia lebih 60 tahun untuk mengemukakan tuntutan palsu.

SPRM turut mengesan terdapat pekerja yang hanya menerima bayaran sekali antara RM50 hingga RM2,400, sedangkan syarikat mengemukakan tuntutan insentif penuh atas nama mereka.

Sehingga Jun lalu, SPRM telah membuka 63 kertas siasatan dan menahan 97 individu terdiri daripada 86 pemilik syarikat serta 11 ejen. Daripada jumlah itu, 77 individu direman bagi membantu siasatan.

Program Daya Kerjaya 2.0 diperkenalkan kerajaan menerusi PERKESO bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja baharu serta membantu pemulihan pasaran pekerjaan.

Namun, program itu dipercayai disalahgunakan oleh pihak tertentu dengan mengemukakan tuntutan palsu menggunakan identiti individu yang tidak pernah diambil bekerja, sekali gus menyebabkan kerugian besar kepada dana awam.

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu· Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
4 jam lalu· Politik
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
5 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok