SPRM kesan tuntutan palsu RM9 juta dalam program Daya Kerjaya: Bernama

June 7, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan penyelewengan membabitkan tuntutan palsu berjumlah RM9.01 juta di bawah program Daya Kerjaya 2.0, iaitu inisiatif kerajaan yang bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan rentan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata hasil siasatan mendapati 143 syarikat melibatkan 320 pekerja di seluruh negara dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dana yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut beliau, program Daya Kerjaya 2.0 menyediakan insentif kepada majikan dalam bentuk bayaran RM1,500 sebulan bagi setiap pekerja yang diambil bekerja daripada kumpulan sasaran seperti orang kurang upaya, bekas banduan dan warga emas, untuk tempoh enam bulan.

“Melalui risikan awal yang dijalankan, kita mendapati terdapat beberapa isu dalam pelaksanaan program ini. Antaranya ada individu yang diisytiharkan sebagai pekerja tetapi sebenarnya tidak wujud,” katanya kepada Bernama sempena lawatan kerja ke Pejabat SPRM Terengganu, hari ini.

Beliau berkata siasatan turut mendapati terdapat pekerja yang tidak memenuhi syarat tempoh minimum enam bulan pekerjaan tetapi masih menerima bayaran penuh insentif. Selain itu, terdapat juga penggunaan dokumen palsu bagi membolehkan tuntutan dibuat.

Dalam perkembangan sama, Abd Halim mendedahkan SPRM turut mengesan 1,638 syarikat lain yang disyaki melakukan kesalahan serupa melibatkan nilai kira-kira RM45 juta.

Bagaimanapun, kes berkenaan masih di peringkat awal siasatan.

“Kes Daya Kerjaya 2.0 ini merupakan antara contoh penyelewengan yang dikesan melibatkan insentif kerajaan yang diwujudkan dengan niat baik untuk membantu rakyat dan merangsang peluang pekerjaan, namun disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata SPRM menerima kerjasama baik daripada Perkeso sepanjang siasatan dijalankan dan akan terus bekerjasama dengan agensi itu di peringkat negeri bagi mempercepatkan proses pengumpulan maklumat serta bahan bukti.

Program Daya Kerjaya diperkenalkan kerajaan sebagai sebahagian langkah merangsang pasaran pekerjaan dan membantu golongan yang berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan. Melalui insentif yang disediakan, majikan digalakkan mengambil pekerja daripada kumpulan rentan bagi memastikan mereka mempunyai peluang menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup.

Abd Halim berkata SPRM memandang serius sebarang unsur ketirisan atau kelemahan dalam pengurusan dana kerajaan yang diwujudkan untuk kepentingan rakyat.

“Jika terdapat kelemahan dalam sistem atau prosedur, kita akan membantu mengenal pasti dan mencadangkan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan sesuatu inisiatif dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih berkesan dan tepat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata SPRM bercadang menubuhkan Kadet Anti-Rasuah di sekolah menengah sebagai usaha memupuk budaya integriti dan membenci rasuah dalam kalangan generasi muda.

Sebagai permulaan, program perintis itu dicadangkan dilaksanakan di satu atau dua sekolah sekitar Putrajaya atau Kuala Lumpur dengan penyertaan antara 30 hingga 40 pelajar, tertakluk kepada persetujuan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berita berkaitan
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
1 jam lalu· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
23 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
October 29, 2026 · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
1 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok