Sultan Brunei kurnia Darjah Kerabat kepada Anwar

August 22, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Pengurniaan darjah kebesaran itu membawa gelaran ‘Dato Laila Utama’ kepada Anwar.

Istiadat pengurniaan berlangsung pada majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman dan disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Anwar bersama delegasi Malaysia tiba di Istana Nurul Iman kira-kira jam 11 pagi bagi menghadiri istiadat berkenaan.

Turut hadir Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Pengurniaan itu berlangsung ketika Anwar berada di Brunei bagi lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei.

Dalam lawatan itu, Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah dijangka menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan jawatankuasa kerjasama pengurusan bencana.

Kerjasama itu mencerminkan hubungan rapat Malaysia-Brunei yang terus diperkukuh melalui kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk diplomasi, ekonomi, keselamatan serta pengurusan bencana.

Anwar tiba di Brunei semalam bagi menghadiri rundingan tahunan yang menjadi platform utama kedua-dua negara membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta isu berkepentingan bersama.

Pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama turut menjadi antara acara penting dalam lawatan kerja berkenaan.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
24 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
24 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026 · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
1 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
1 jam lalu · Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok