Khairy Jamaluddin.
Tiada perancangan untuk kembali dalam politik buat masa ini, kata Khairy Jamaluddin.
Bekas menteri kesihatan itu yang dipecat UMNO berkata setakat ini tidak terfikir untuk kembali dalam politik kerana terlalu sibuk dengan banyak projek dan kerja yang sedang dilakukan ketika ini.
“Saya cuma hendak kata saya ada banyak projek dan kerja yang perlu saya beri tumpuan.
“Dan saya gembira dengan apa yang sedang lakukan dan setidak-tidaknya sehingga akhir tahun ini saya tidak terfikir untuk kembali dalam politik.
“Saya hanya buat kerja yang sedang dilakukan yang memerlukan fokus dan masa saya dan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini saya sibuk,” katanya selepas selepas menghadiri forum “The Healthcare Forum 2.0: Counting The Cost of Care: Can Malaysia Make Healthcare Affordable Again?” di Universiti Malaya hari ini.
Nama Khairy menjadi spekulasi untuk kembali ke Kabinet sebagai menteri melalui lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu kini tidak menyertai mana-mana parti selepas dipecat dari UMNO pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong