Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin

April 19, 2026 · Politik

Cadangan untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditolak Parti Bersatu.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mempersoalkan rasional di sebalik gesaan tersebut dan menyifatkan langkah itu tidak mempunyai asas kukuh yang boleh menimbulkan persepsi kerajaan cuba mengelak daripada berdepan dengan pengundi dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

“Dulu waktu Covid-19, darurat diisytiharkan kerana faktor kesihatan. Tetapi sekarang, apa sebabnya mahu tangguh pilihan raya?” katanya kepada selepas menghadiri Majlis Silaturrahim Aidilfitri Bersatu Gombak.

Cadangan tersebut sebelum ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang mencadangkan agar kerajaan negeri memohon darurat daripada Yang di-Pertuan Agong.

Ia dikaitkan dengan tekanan kos sara hidup dan kenaikan harga bahan api yang sedang membebankan rakyat.

Namun, Muhyiddin menegaskan alasan itu tidak memadai untuk menangguhkan proses demokrasi.

Katanya, jika darurat digunakan atas faktor politik, ia akan mencetuskan persepsi negatif terhadap sistem pemerintahan negara.

“Kalau ada yang kata pilihan raya sekarang akan menyebabkan kerajaan kalah kerana rakyat masih marah, itu hanya menguatkan tanggapan bahawa darurat ini diminta atas sebab politik,” ujarnya.

Ketika pandemik Covid-19, kerajaan sebelum ini pernah mengisytiharkan darurat bagi mengekang penularan wabak, sekali gus menangguhkan proses pilihan raya.

Namun dalam keadaan semasa, tiada krisis kesihatan yang memerlukan langkah sedemikian.

Sementara itu, cadangan menangguhkan PRN turut dibangkitkan dalam UMNO, apabila Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, dilaporkan akan membawa usul berkaitan perkara itu ke Majlis Kerja Tertinggi parti.

Muhyiddin berkata tidak melihat keperluan untuk menangguhkan pilihan raya dan telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRN pada bila-bila masa.

“Kita bersedia. Tidak perlu darurat untuk tangguh pilihan raya. Ini soal menghormati proses demokrasi,” katanya.

Berita berkaitan
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
12 jam lalu· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
12 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
13 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
8 jam lalu · Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok