Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470

November 6, 2026 · Isu semasa

Hasrat seorang lelaki untuk meraih wang kemenangan RM80,827 menerusi peraduan gores dan menang di Facebook bertukar mimpi ngeri apabila dia mengalami kerugian RM2,470 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian.

Dalam kejadian 4 November lalu, mangsa berusia 32 tahun tertarik menyertai peraduan gores dan menang yang dijalankan secara langsung menerusi platform media sosial berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa pada mulanya membeli 20 keping kad dengan bayaran RM50 sebelum menggores semua kad berkenaan seperti diarahkan penganjur.

Bagaimanapun, selepas selesai menggores kad itu, mangsa dimaklumkan memenangi wang berjumlah RM80,827.

Menurutnya, mangsa yang teruja dengan kemenangan tersebut kemudian diminta membuat bayaran RM720 kononnya sebagai yuran bagi membolehkan wang hadiah ditebus.

“Mangsa juga diarahkan membuat bayaran tambahan RM1,700 kononnya bagi tujuan pengesahan akaun bank. Mangsa diberitahu wang itu akan dikembalikan bersama jumlah kemenangan selepas proses pengesahan selesai,” katanya dalam kenyataan pada 6 November.

Mohd Farhan berkata, mempercayai alasan diberikan, mangsa membuat tiga transaksi pembayaran berjumlah RM2,470 ke dua akaun bank berbeza atas nama Aliyu Hasee dan akaun AmBank atas nama Susi Anak Ping Siong.

Bagaimanapun, janji untuk menerima wang kemenangan itu tidak menjadi kenyataan apabila mangsa mendapati wang berkenaan masih belum diterima pada 5 November lalu.

Lebih mencurigakan, suspek turut gagal dihubungi sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita berkaitan
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu· Isu semasa
Sistem Amaran Awal Nasional diuji 23 dan 29 November, Fahmi minta orang ramai bersedia
November 19, 2026· Isu semasa
MCMC saran orang ramai kemas kini telefon untuk terima amaran kecemasan
November 19, 2026· Isu semasa
MCMC nafi ujian amaran awal di empat negeri hari ini
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok