Tiada kebocoran, data telco digunakan MCMC untuk statistik rasmi: Fahmi

June 8, 2025 · Isu semasa

Maklumat data peribadi individu yang dikongsi syarikat telekomunikasi (telco) dijamin selamat dan tidak akan mendedahkan maklumat data peribadi individu, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi menjelaskan isu mengenai laporan sebuah media berhubung data telefon bimbit dengan menjelaskan ia bertujuan untuk penggunaan pengumpulan maklumat yang lebih terperinci mengenai mutu, tahap perkhidmatan dan jumlah pengguna di sesebuah mukim atau daerah.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum. Arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk menyerahkan data panggilan telefon merupakan keputusan Kabinet.

“Ia bertujuan untuk pengumpulan data bagi tujuan pengetahuan statistik rasmi. Sekarang ini banyak daripada maklumat tentang sektor telekomunikasi masih bersifat terlalu umum,” katanya pada sidang media selepas Majlis Korban Perdana Perpaduan UMNO, Lembah Pantai 2025 hari ini.

Hadir sama pada majlis itu bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan anak kepada Najib Tun Razak, Nooryana Najwa.

Sementara itu, Fahmi berkata, data pengguna yang diperoleh daripada Telco bertujuan menambah baik infrastruktur rangkaian.

Ujarnya, data berkenaan adalah untuk kegunaan Jabatan Perangkaan (DOSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi merangka dasar berkaitan industri telekomunikasi.

“DOSM nanti dia boleh buat laporan dan MCMC pun boleh buat beberapa keputusan tentang dasar berdasarkan bukti, jadi dia lebih kepada Telco dan juga penggunaan 4G dengan 5G dan jalur lebar,” jelasnya.

Terdahulu, portal South China Morning Post melaporkan syarikat-syarikat telekomunikasi diminta untuk menyerahkan rekod terperinci panggilan telefon dan penggunaan internet.

Laporan itu mendakwa MCMC meminta log panggilan dan internet terperinci untuk tiga bulan pertama tahun ini, berkemungkinan bagi projek “Data Telefon Bimbit” kerajaan, menurut laman berita itu yang memetik dua sumber industri tdak dinamakan.

Laporan itu menyatakan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan.

South China Morning Post mendakwa telah melihat surat yang dihantar kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu.

Berita berkaitan
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
6 jam lalu· Isu semasa
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
7 jam lalu· Isu semasa
Malaysia buru penggal baharu kerusi Majlis ITU, main peranan bentuk dasar digital
10 jam lalu· Isu semasa
MCMC uji internet di 16 stesen ECRL, liputan terowong turut dipantau
November 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
7 jam lalu · Isu semasa
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Kestabilan politik yakinkan Google labur RM61 bilion
November 5, 2026 · Isu semasa
Daiso labur RM1.2 bilion, bina hab pengedaran terbesar dunia di Malaysia: PMX
November 5, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok