Tiada visa diperlukan warga Malaysia masuk China mulai esok

July 16, 2025 · Isu semasa

Warga Malaysia akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi lawatan jangka pendek sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari, berkuat kuasa 17 Julai.

Kedutaan China di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China, pemegang pasport Malaysia dan China boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan, bermula esok.

Kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.

“Tempoh tinggal secara terkumpul tidak boleh melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari,” kata kenyataan itu.

Kedutaan menjelaskan, mereka yang merancang untuk tinggal melebihi 30 hari, atau ingin bekerja, belajar, menjalankan aktiviti media atau apa-apa aktiviti lain yang memerlukan kelulusan awal, perlu memohon visa bersesuaian sebelum memasuki negara berkenaan.

Perjanjian melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu dipersetujui ketika lawatan negara Presiden China Xi Jinping di Kuala Lumpur, April lalu. – Bernama

Berita berkaitan
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026· Isu semasa
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026· Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026· Isu semasa
36 rakyat Malaysia masih tidak dapat dihubungi di China, 55 di Nepal: Wisma Putra
August 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
12 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
14 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok