UMNO-BN tegas, tiada kompromi jika salah laku TH terbukti: Zahid

August 6, 2026 · Isu semasa

Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati terlibat dalam penyelewengan, pecah amanah atau kegagalan mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji dibuktikan.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata sesiapa yang didapati bersalah perlu menerima tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan yang disandang.

“Pendirian BN dan UMNO, jika benar ada individu ataupun sekumpulan pihak yang melakukan penyelewengan atau pecah amanah atau melaksanakan tadbir urus yang tidak selari dengan tata kelola sesebuah organisasi kerajaan, apatah lagi badan berkanun, maka mereka perlu berdepan dengan konsekuensinya.

“Kita tidak harus berkompromi jika unsur-unsur negatif itu benar-benar berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengingatkan laporan RCI yang disiapkan setakat ini masih berbentuk syor dan cadangan.

Justeru, sebarang tindakan susulan perlu melalui proses yang ditetapkan kerajaan serta dibincangkan di Parlimen.

“Laporan Suruhanjaya Diraja hanya mengemukakan syor. Tindakan selanjutnya akan dibahaskan dan diperbincangkan di Dewan Rakyat sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, perbahasan di Dewan Rakyat penting bagi memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen meneliti dapatan dan syor yang dikemukakan sebelum kerajaan menentukan langkah susulan.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak sepatutnya bertolak ansur terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan integriti institusi awam, khususnya badan berkanun yang menguruskan amanah rakyat.

Laporan RCI Tabung Haji dijadual dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos.

Sidang itu dijangka menjadi antara tumpuan utama persidangan susulan pelbagai dapatan berkaitan tadbir urus dan pengurusan institusi berkenaan.

Sidang khas tersebut akan berlangsung secara berterusan tanpa waktu rehat berikutan sambutan tinggi Ahli Parlimen untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Setakat ini, kira-kira 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan hasrat untuk berucap.

RCI Tabung Haji ditubuhkan bagi menyiasat isu tadbir urus dan pengurusan institusi itu, termasuk dakwaan penyelewengan serta pelanggaran prosedur yang berlaku pada pentadbiran terdahulu.

Sejak laporan berkenaan diumumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka beberapa kertas siasatan, menahan reman beberapa individu serta merakam keterangan saksi bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
6 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
7 jam lalu· Isu semasa
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
20 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
6 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok