UMNO Johor bertanding solo bukan nak ugut kepada Kerajaan Perpaduan: Puad

May 18, 2026 · Politik

Keputusan UMNO Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bukan satu bentuk ugutan terhadap Kerajaan Perpaduan, kata Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata keputusan dibuat secara terbuka dan lebih awal, sekali gus tidak wajar dianggap sebagai pengkhianatan terhadap gabungan kerajaan sedia ada.

“Di Johor tidak wujud Kerajaan Perpaduan dan tidak timbul soal khianat. UMNO Johor bertindak jujur kerana mengumumkan awal dan secara terbuka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Puad turut membandingkan situasi itu dengan perkembangan politik di Sabah yang menurutnya berlaku sebaliknya.

Beliau mendakwa UMNO telah lebih awal memaklumkan akan meletakkan calon di kerusi Kambaong, namun Pakatan Harapan (PH) tetap menurunkan calon daripada DAP pada saat akhir.

“UMNO Johor berterus terang, bukan khianat seperti di Sabah. Sudah tahu UMNO letak calon di Kambaong, tetapi kenapa pada minit terakhir PH letak calon dari DAP di situ?” katanya.

Kenyataan itu dilihat sebagai respons kepada ucapan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, ketika konvensyen gabungan itu di Johor baru-baru ini.

Perdana Menteri memberi amaran supaya tiada pihak cuba mengugut atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Anwar turut menegaskan beliau tidak gentar dengan sebarang tekanan politik kerana pernah melalui pelbagai cabaran termasuk dipenjarakan, selain menyifatkan tindakan tertentu sebagai bersifat “budak-budak”.

Mengulas perkara itu, Puad menyindir kenyataan tersebut dan meminta semua pihak tidak melabel orang lain secara emosional.

“Jangan kebudak-budakan menuduh orang lain sebagai budak. Di mana bil hikmahnya? Johor tetap jadi Johor,” ujarnya.

Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH diwujudkan bagi memastikan kestabilan politik negara serta mengelakkan situasi Parlimen tergantung.

Berita berkaitan
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
1 jam lalu· Isu semasa
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
11 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok