Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan.
UMNO Sabah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Jeffrey Kitingan berikutan pengakuannya didakwa menerima sumbangan politik tanpa deklarasi rasmi.
Gesaan itu dibuat susulan kenyataan Kitingan yang mengesahkan rakaman video perbualannya dengan seorang ahli perniagaan adalah mengenai sumbangan politik, tetapi menegaskan ia dibuat bertahun-tahun lalu sebelum pilihan raya.
Ketua Sekretariat War Room UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain, menggambarkan pendedahan itu sebagai satu perkara serius yang mencalarkan prinsip ketelusan dan integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Lebih mengejutkan, pengakuan ini datang daripada seorang pemimpin yang selama ini mendakwa memperjuangkan kedaulatan rakyat Sabah menerusi slogan ‘Sabah for Sabahan’,” katanya dalam kenyataan media.
“Slogan tersebut kini semakin kehilangan makna apabila beberapa pemimpin yang turut melaungkan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ terpalit dengan dakwaan berkaitan urus niaga dan kepentingan ekonomi negeri yang meragukan,” tambahnya lagi.
Abdul Aziz menegaskan tindakan menerima dana tanpa pengisytiharan terbuka menimbulkan keraguan tentang kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang, khususnya di bawah Akta SPRM 2009.
“Tanpa dokumentasi sah dan proses pengisytiharan yang telus, penerimaan dana sebegini boleh dianggap sebagai satu bentuk sogokan berkepentingan yang menuntut siasatan segera,” tegasnya.
Beliau seterusnya mendesak supaya diadakan siasatan menyeluruh.
“Rakyat Sabah berhak mengetahui perkara sebenar. SPRM digesa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung sumber dana, identiti pemberi, serta sebarang kaitan dengan kelulusan kerajaan negeri,” tegasnya lagi.
“Sekiranya terbukti wujud unsur pertukaran kepentingan, maka tindakan undang-undang mesti diambil tanpa kompromi,” tambahnya.
Terdahulu, Kitingan yang juga Presiden STAR menafikan tuduhan ahli perniagaan, Albert Tei, yang mendakwanya menerima rasuah berkaitan lesen penerokaan mineral.
Beliau menegaskan perbualan dalam rakaman video itu adalah mengenai sumbangan politik lama dan tidak ada kena-mengena dengan skandal perlombongan yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
PKR lancar sistem AI ‘TERAS’ sebagai persediaan hadapi pilihan raya
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
UMNO Negeri Sembilan sedia jadi pembangkang: Jalaluddin
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan