UMNO tak pelawa Hamzah masuk ke Rumah Baharu, kena mulakan sendiri

February 25, 2026 · Politik

Tiada sebarang pertemuan atau rundingan diadakan antara UMNO dengan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin, serta kumpulan pemimpin yang dipecat daripada Parti Bersatu baru-baru ini.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya juga belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kumpulan berkenaan untuk menyertai gabungan itu, termasuk di bawah gagasan “Rumah Baharu” yang diperkenalkan Presiden UMNO.

“Konsep Rumah Baharu ini terbuka dan tidak terhad kepada mana-mana kumpulan tertentu.

“Ia terbuka kepada parti politik, pertubuhan dan mana-mana pihak yang berkongsi hasrat serta visi yang sama atas nama kesatuan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan UMNO-BN tidak bercadang untuk memulakan sebarang pendekatan terhadap kumpulan terbabit.

“Takkanlah kita yang mahu memulakan. Ini urusan mereka dan biarlah mereka selesaikan dahulu. Apabila ada perkembangan, kita akan jawab kemudian,” ujarnya.

Isu hala tuju Hamzah menjadi perhatian selepas beliau bersama beberapa pemimpin lain dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.

Tindakan itu membabitkan 17 ahli termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri atas dakwaan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

Selain Hamzah, turut dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Sebelum ini, Azahari dilaporkan berkata hala tuju kumpulan itu sedang dipertimbangkan, sama ada menyertai parti politik sedia ada atau menubuhkan wadah baharu berteraskan agenda “Rumah Baharu”.

Perkembangan ini mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku penjajaran semula politik, khususnya dalam kalangan pembangkang.

Namun setakat ini, BN mengekalkan pendirian bahawa tiada sebarang rundingan atau permohonan rasmi diterima daripada mana-mana pihak yang dipecat.

Berita berkaitan
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
2 jam lalu· Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
2 jam lalu· Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
4 jam lalu· Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
3 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
4 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
4 jam lalu · Politik
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
4 jam lalu · Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok