UMNO tak perlu sertai ‘payung besar’ diketuai Tun Mahathir: Mat Maslan

June 8, 2025 · Politik

Tiada keperluan UMNO untuk menyertai ajakan dibuat bekas perdana penteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu menghimpunkan orang Melayu di bawah satu ‘payung besar’ melalui Sekretariat Orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ahmad Maslan berkata parti itu sudah berjuang untuk orang Melayu sejak sekian lama dan tanpa menyertai ‘payung besar’ pun mereka masih membela nasib bumiputera di negara.

“Di Malaysia ini, dianggarkan Melayu seramai 70.1 peratus, Cina 22.6 peratus, India 6.6 peratus dan lain-lain 0.7 peratus.

“Perjuangan UMNO dalam mukadimah asas dan tujuan menyebut tentang Melayu bumiputera termasuk di Sabah, Sarawak serta Orang Asli,” katanya selepas Majlis Korban anjuran UMNO Bahagian Pontian di Kampung Parit Stan, Benut hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu turut menegaskan bahawa walaupun UMNO kini bersama Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Perpaduan, perjuangan untuk membantu Melayu dan bumiputera tetap diteruskan.

Tambah beliau, UMNO melihat kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan kini sebagai satu kelebihan untuk terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan bumiputera secara lebih menyeluruh.

“UMNO ini bukan hanya memperjuangkan Melayu dan bumiputera, tetapi pada masa sama kita juga berjuang untuk kaum-kaum yang lain.

“UMNO tidak pernah berhenti berjuang sejak dahulu hingga sekarang. Walau siapa pun kita bersama dalam kerajaan, perjuangan itu tidak pernah kita tinggalkan,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Dr Mahathir yang kembali membawa agenda Melayu menerusi Sekretariat Orang Melayu, Ahmad menyifatkan ia sebagai sementara.

“Dulu Tun buat gagasan Melayu, tapi tidak lama. Ia hanya bertujuan politik.

“Payung kita lebih besar. Kita dalam Kerajaan Perpaduan ada 18 parti. Payung besar ini memayungi lebih ramai, termasuk bumiputera di Sabah, Sarawak, Orang Asli dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Ahmad turut menekankan komitmen kerajaan dalam memartabatkan ekonomi bumiputera melalui pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) dirasmikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Ulang tahun KEB baru-baru ini pula dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

“Ini bukti kita (UMNO) dalam kerajaan tidak berhenti bekerja untuk bumiputera,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
6 jam lalu· Politik
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
March 9, 2026· Politik
Khaled ajak bekas ahli kembali ke UMNO, sahut seruan Zahid pemimpin ulung
March 8, 2026· Politik
UMNO buka pintu bekas ahli kembali sertai parti, tapi jangan jual mahal: Tok Mat
March 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
20 jam lalu · Politik
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
22 jam lalu · Politik
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026 · Politik
Rafizi sebenarnya bersedia untuk dipecat, tak sangka PKR masih kekalkannya
March 8, 2026 · Politik
Perbicaraan kes Muhyiddin bermula esok
March 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok