Fahmi semasa Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 dan perasmian Motorhome-BERNAMA Mobile Studio di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Satu perbincangan akan diadakan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, sebagai usaha memperkukuh kawal selia platform media sosial di negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pertemuan itu selari dengan cadangan Azalina pada Isnin untuk meminda undang-undang sedia ada termasuk mewajibkan ibu bapa dan penjaga memantau tingkah laku dalam talian anak-anak serta menyertai program kesedaran dan pendidikan keselamatan digital.
“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Azalina untuk melihat cara-cara berdasarkan pengalaman MCMC dan Kementerian Komunikasi berdepan dengan platform-platform media sosial, apa yang boleh kita lakukan,” katanya.
Fahmi ditemui pemberita selepas Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 dan perasmian Motorhome-BERNAMA Mobile Studio di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 yang bakal dikuat kuasa tidak lama lagi akan memberi kuasa kepada MCMC untuk mengenakan tindakan ke atas platform media sosial yang ingkar terhadap tanggungjawab mereka.
Beliau turut menegaskan bahawa aspek pelesenan platform media sosial sedang diperhalusi sebagai salah satu langkah kawal selia yang lebih efektif.
Menurut beliau, keseimbangan antara penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan pematuhan kepada etika kewartawanan juga menjadi perkara utama dalam penghasilan kandungan media yang berintegriti dan berkualiti.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum