Ustazah didakwa cabul pelajar lelaki 16 tahun: Bernama

September 28, 2026 · Isu semasa

Seorang guru agama bergelar ustazah di sebuah sekolah menengah kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun, dua tahun lepas.

Haslina Abu Bakar, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ainul Sharin Mohamad.

Wanita itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara mencium mulut kanak-kanak itu, semasa kejadian bagi maksud seksual pada November 2024.

Haslina juga didakwa melakukan perbuatan sama dengan cara memeluk mangsa sebulan selepas itu.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga ibu kepada enam anak itu, didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara membuat mangsa meraba bahagian dada tertuduh, bagi maksud seksual pada November tahun yang sama.

Haslina didakwa melakukan semua perbuatan itu di bilik Pendidikan Islam, di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kinta kira-kira 3.30 petang.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin tidak menawarkan jaminan atas alasan kesemua kesalahan merupakan kesalahan yang tidak boleh diberikan jaminan, serta mengambil kira keseriusan kes kerana tertuduh merupakan guru kepada mangsa, selain pelajar itu kini tidak lagi bersekolah di sekolah yang sama dengan wanita tersebut.

Bagaimanapun, peguam bela Amira Sofea An-Nur Ahmad memohon jaminan minimum mengambil kira wanita itu mempunyai enam orang anak berusia lapan hingga 22 tahun yang masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi, mempunyai penyakit kolestrol tinggi dan migrain, selain suaminya mempunyai masalah kesihatan serta tertuduh merupakan sumber pendapatan utama keluarga.

Amira Sofea An-Nur turut memaklumkan Haslina kini berkhidmat di sekolah lain yang jauh daripada mangsa, mempunyai latar belakang perkhidmatan yang baik sebagai guru, bekerja tetap serta kesalahan itu merupakan kesalahan pertamanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Okt ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – Bernama

Berita berkaitan
Lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
181,750 kes scam dalam talian, kerugian cecah RM6.95 bilion
November 17, 2026· Isu semasa
Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri
November 13, 2026· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Badan Peguam fail semakan kehakiman cabar keputusan
November 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
13 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
13 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok