Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri

November 13, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Nov ini bagi mendengar permohonan peguam Sangeet Kaur Deo dan Harkiranjit Kaur Manjit Singh, untuk menarik diri daripada mewakili pelawak dan pelakon Harith Iskander dalam kes saman fitnah difailkan Rosmah Mansor.

Sangeet ketika dihubungi mengesahkan permohonan tersebut.

“Ya, kami memohon untuk menarik diri (discharge) daripada mewakili (Harith Iskander),” katanya.

Terdahulu, Sangeet dan Harkiranjit menghadiri prosiding pengurusan kes permohonan itu secara dalam talian di hadapan Hakim Arziah Mohamed Apandi hari ini bersama-sama peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Nur-Diana Ezlyn Hashim yang mewakili Rosmah.

Sementara itu, Mohamed Baharudeen ketika dihubungi pemberita berkata pendengaran permohonan berkenaan pada 24 Nov ini akan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom pada 2.15 petang.

Pada 9 Jun lepas, Rosmah, 74, memfailkan saman terhadap Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan dan kecaman badan (body shaming) dalam satu persembahan komedi berdiri bertajuk Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di sebuah hotel di Melaka pada 17 Jan.

Menerusi pernyataan tuntutannya, isteri kepada bekas Perdana Menteri itu mendakwa defendan menayangkan imej berkaitan makhluk mitologi seram sebelum memaparkan imej beliau, selain mengeluarkan kenyataan berbaur ejekan mengenai melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap.

Rosmah turut mendakwa rakaman persembahan berkenaan dimuat naik seorang pengguna TikTok hingga meraih ratusan ribu tontonan, sekali gus menjatuhkan reputasi dan maruah beliau sebagai figura awam serta penaung badan amal.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi bagi menghalang penerbitan semula kenyataan tersebut serta permohonan maaf secara bertulis di dua akhbar arus perdana dan akaun media sosial.

Bagaimanapun, Harith Iskander dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 9 Julai lepas menafikan paparan itu membawa maksud fitnah seperti yang didakwa plaintif.

Selain itu, Harith Iskander berkata penerbitan klip video di TikTok itu dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuannya serta di luar konteks penuh persembahan komedi berkenaan. – Bernama

Berita berkaitan
Mahkamah Rayuan benarkan 1MDB kemuka afidavit baharu terhadap Rosmah
November 12, 2026· Politik
Tahanan rumah Najib: Badan Peguam fail semakan kehakiman cabar keputusan
November 12, 2026· Politik
Saifuddin: Biar mahkamah tentukan nasib tahanan rumah Najib
November 9, 2026· Politik
Rosmah serah kepada UMNO urusan kutipan dana RM50 juta Najib
November 6, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
8 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
10 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok