Video KLIA tular: Shuhaily tampil beri penjelasan

9 jam lalu · Isu semasa

Penguatkuasaan terhad yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu hanya melibatkan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Keselamatan Penerbangan (AVSEC), kata Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Ketua Pengarah AKPS itu berkata, operasi itu dilakukan ketika beliau bersama pasukannya membuat tinjauan bagi melihat tahap persediaan dan kesiapsiagaan AKPS menjelang kemasukan pengunjung sempena penganjuran Formula 1 pada hujung minggu ini.

Menurutnya, selepas tinjauan tersebut, beliau mengambil keputusan menjalankan penguatkuasaan terhad di aras lima KLIA selepas menerima aduan berkaitan kegiatan sindiket ‘ulat’ yang didakwa melibatkan warga asing.

“Selain faktor itu, kita juga berdepan isu cubaan menyeludup dadah ke Eropah dan kontraban lain. Hampir setiap hari kita menjumpai sindiket yang cuba menyeludup dadah ke Eropah,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, ketika operasi dijalankan, pihaknya menerima aduan berkaitan kegiatan berkenaan dan turut menyaksikan sendiri kejadian sebelum menahan seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam sindiket ‘ulat’.

Individu itu kemudian dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi milik AVSEC untuk tindakan lanjut.

“Ingin saya tegaskan di sini setegas-tegasnya, penguatkuasaan itu hanya melibatkan pegawai AKPS dan AVSEC. Dalam bilik itu, sepatutnya hanya ada pegawai daripada AKPS dan AVSEC sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata dua individu tidak dikenali kemudian muncul dan merakam tindakan beliau bersama pasukannya ketika menemu bual warga asing berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua individu terbabit kemudian didekati pegawai AKPS dan dibawa ke hadapan untuk melihat rakaman yang dibuat sebelum diarahkan memadamkannya.

“Saya telah memberikan amaran yang paling tegas sebagai seorang pegawai polis yang telah diamanahkan dan biasa memberi arahan setegas-tegasnya,” katanya.

Mohd Shuhaily turut mengakui dirinya tidak sempurna susulan insiden berkenaan yang mencetuskan perhatian selepas rakaman video terbabit tular di media sosial.

“Saya tidak sempurna. Saya telah mengatakan perkara itu banyak kali. Hari ini, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, saya mengakui dan berdepan dengan ketidaksempurnaan saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata satu laporan polis dibuat terhadapnya sehari selepas kejadian, manakala satu lagi laporan dibuat kira-kira jam 5 pagi pada 30 September lalu.

Beliau berkata, pasukannya turut membuat laporan polis susulan dakwaan wujud usaha mencemarkan nama dan imej AKPS secara keseluruhan.

Ditanya mengenai dakwaan berlaku kontak fizikal antara beliau dengan individu terbabit seperti dinyatakan dalam laporan polis, Mohd Shuhaily enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak mahu mengulas sama ada kontak tersebut berlaku ataupun tidak kerana nanti ia akan menjadi ‘my words against his words’. Saya biarkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lebih lanjut,” katanya.

Berita berkaitan
Krisis Negeri Sembilan: DAP buat laporan polis, dakwaan kait parti dengan istana
9 jam lalu· Politik
Shuhaily dijangka beri penjelasan video tular di KLIA
24 jam lalu· Isu semasa
Warga emas rugi RM80,000 ditipu sindiket “wang ghaib”
September 26, 2026· Isu semasa
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
September 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Beri ruang Tun M hadapi kehilangan isteri tercinta: Mukhriz
October 1, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: Mahasiswa, IPT diberi perhatian khusus kerajaan
October 1, 2026 · Isu semasa
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
October 1, 2026 · Isu semasa
UiTM Holdings ada kelompongan tatakelola: SPRM
11 jam lalu · Isu semasa
Dr Mahathir ziarah pusara isteri dalam suasana hiba
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok