Warga emas rugi RM80,000 ditipu sindiket “wang ghaib”

September 26, 2026 · Isu semasa

Seorang wanita warga emas kerugian RM80,000 selepas diperdaya sindiket mendapatkan “wang ghaib” secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata tahun lepas, mangsa berusia 73 tahun telah melihat iklan mendapatkan wang ghaib dalam sebuah akaun Facebook.

Beliau berkata mangsa yang berminat telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan dimaklumkan bahawa wang ghaib itu boleh boleh digunakan untuk membaiki rumah, menjelaskan hutang dan sumbangan kepada anak-anak yatim.

“Suspek kemudian memaklumkan wang berkenaan telah dimasukkan ke akaun mangsa. Mangsa tetap percaya walaupun semakan mendapati tiada kemasukan wang seperti didakwa.

“Pada 24 Sept lepas, rakan suspek telah menghubungi mangsa dan memaklumkan wang tersebut berada dalam simpanannya. Untuk mendapatkan wang tersebut, mangsa perlu membuat bayaran RM50,000 sebagai denda kerana lewat mengambil wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa kemudiannya menghubungi suspek untuk mendapatkan pengesahan, dan dimaklumkan bahawa dia perlu membuat bayaran “kompaun” tersebut memandangkan akaun banknya telah ditahan.

Beliau berkata mangsa yang percaya telah membuat 13 transaksi keseluruhan berjumlah RM80,000 ke satu akaun bank menggunakan wang simpanannya.

“Mangsa membuat laporan polis pada 4.17 petang semalam selepas gagal mendapatkan wang ghaib dijanjikan walaupun sudah membayar kompaun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan taktik penipuan sindiket yang semakin pelbagai,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Penghantaran Ubat Melalui Pos: 80,000 pesakit bakal terima manfaat
23 jam lalu· Isu semasa
MCMC sasar 15 juta peranti diurus secara lestari menjelang 2030
September 28, 2026· Isu semasa
101.66 juta panggilan scam disekat sejak Februari: Nie Ching
September 27, 2026· Isu semasa
PERSADA sasar rekod kesihatan lebih lancar, rawatan lebih cepat: Fahmi
September 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
18 jam lalu · Isu semasa
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
20 jam lalu · Isu semasa
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
20 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok