Ahmad Zahid ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.
UMNO mahu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan segera, dengan Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sistem berkenaan lebih berkesan berbanding sistem percukaian semasa.
Ahmad Zahid berkata, UMNO berazam memastikan kadar GST yang diperkenalkan kelak berada pada paras lebih munasabah bagi membantu menyelaraskan jaminan sosial rakyat.
Malah, Timbalan Perdana Menteri itu secara terbuka menyindir Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya menukar semula sistem percukaian kepada GST.
“Guru (merujuk kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim), tukar balik percukaian kepada sistem GST. Mana ada (sistem) hibrid, tiada siapa buat hibrid GST dan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan).
“Dengarlah rakyat cakap ni. Bosku (Najib Razak) dah buat betul dah (dengan melaksanakan GST).
“Insya-Allah, kita kembalikan GST dalam sistem percukaian di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, hari ini.
GST mula dilaksanakan di Malaysia pada April 2015 ketika pentadbiran BN sebelum dimansuhkan pada 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Persekutuan.
Sistem itu kemudian digantikan dengan SST yang dilaksanakan semula pada September 2018.
Gesaan untuk mengembalikan GST sebelum ini turut menjadi antara isu yang sering dibangkitkan UMNO dan BN, khususnya dalam perbahasan berkaitan pengukuhan hasil negara dan sistem percukaian.
Zahid : Jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
Rata-rata perwakilan UMNO cenderung berunding dengan PAS sahaja: Asyraf Wajdi
PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum